Seorang lelaki ditemui mati di ruang tamu rumahnya dengan beberapa kesan tikaman pada badan dipercayai dibunuh oleh anaknya sendiri di Jalan Tengku Badar, Pelabuhan Klang di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, mangsa, Ong Tun Hang, 58, yang bekerja sebagai mekanik, ditemukan mati dengan kesan tikaman pada bahu dan rusuk kiri dipercayai dengan senjata tajam yang digunakan oleh suspek, Ong Shi Bao, 21.
Difahamkan, suspek mengalami masalah psikologi sejak berumur 16 tahun dan pernah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya sebelun ini untuk rawatan.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, hasil sisatan awal pihaknya mendapati, sebelum kejadian berlaku pertengkaran antara kedua-duanya selepas mangsa tidak membenarkan suspek keluar dari rumah.
Mangsa
Alzafny berkata, mangsa ditikam dengan pisau dapur.
Menurutnya, selepas menikam mangsa, suspek melarikan diri namun berjaya ditangkap polis kira-kira sembilan jam kemudian.
Suspek kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.





No comments: