» » » Pikat isteri orang dan bila suaminya dapat tahu ugut pula dengan pistol


Polis menahan dua kakitangan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan merampas sepucuk revolver jenis Smith & Wesson bersama lima butir peluru, malam tadi, selepas disyaki terbabit dalam kegiatan mengugut orang awam menggunakan senjata api

Kedua-dua lelaki itu ditahan di Balai Polis Kepala Batas, dekat sini, pada jam kira-kira 9 malam tadi, sebelum polis merampas pistol dan lima butir peluru berkenaan daripada salah seorang tangkapan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya, berkata kedua-dua suspek berusia 33 dan 36 tahun yang berkhidmat dalam bahagian kawal selia di sebuah GLC di Kangar, Perlis itu dipercayai terbabit dalam kegiatan mengugut orang awam selepas berlakunya pergaduhan antara mereka

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek pada mulanya disyaki membawa keluar dua wanita yang masing-masing adalah isteri orang selama beberapa hari sejak Jumaat lalu, sebelum tindakan itu dapat dihidu suami mereka

"Suami kedua-dua wanita terbabit berjaya memintas kenderaan dinaiki isteri mereka bersama suspek di di sebuah restoran di Jalan Sultanah Bahiyah, di sini jam 2 petang semalam, sebelum berlaku pertelingkahan dan pergaduhan antara masing-masing kedua-dua suspek, suami dan wanita terbabit

"Rentetan kejadian itu, salah seorang suspek bertindak mengeluarkan revolver dan mengacukan ke arah kedua-dua suami wanita terbabit sebelum orang awam datang membantu," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini

Mohd Nashir berkata, polis kini sedang membuat pengesahan ke atas pemilikan senjata api yang dirampas daripada salah seorang suspek dan mereka kini direman mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah sehingga Khamis ini.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .