Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menasihatkan peniaga supaya tidak menaikkan harga daging secara mendadak menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha pada 12 September ini.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pihaknya setakat ini masih belum menerima aduan berhubung kenaikan harga daging namun meminta orang ramai untuk membuat laporan kepada KPDNKK sekiranya berlaku perkara sedemikian.
"Orang ramai boleh membuat aduan kepada KPDNKK kerana daging lembu merupakan antara barangan yang tersenarai dalam Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) 2016," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas hadir pada majlis kenduri kampung peringkat Dun Selama di Sekolah Kebangsaan Ulu Mengkuang ,di sini hari ini.
Hamzah, yang juga Ahli Parlimen Larut, berkata pihaknya perlu membuat kawalan harga barang keperluan pada musim perayaan bagi mengelakkan pengguna mengalami kesukaran pada musim-musim perayaan.




No comments: