Jika dipandang dari jarak jauh, hasil seni yang dibuat oleh Xiaojiu kelihatan seolah-olah dilukis dengan menggunakan pencil atau arang namun jika dari dekat, ia dihasilkan dengan menggunakan sisa rambut pelanggannya sendiri
Penggunting rambut berbakat itu memaklumkan kepada China Daily bahawa dia sentiasa berfikir untuk membuang sisa rambut tersebut awalnya namun kemudian dia memutuskan untuk melakukan sesuatu yang kreatif dengannya
Dengan berbekalkan berus rambut dan kad plastik, Xiaojiu mengumpulkan rambut-rambut pelanggannya di atas lantai dan menghasilkan potret kartun serta watak komik yang menarik
Difahamkan, Xiaojiu mula melukis dengan rambut manusia sejak beberapa bulan lalu namun hasilnya sangat menakjubkan
Selain itu, Xiaojiu sangat menitik beratkan seni kreatif yang dihasilkannya malah setakat ini dia telah menghasilkan potret menakjubkan seperti Sailor Moon, Spiderman, Wolverine, Bruce Lee dan Iron Man
Wang berkata, dia mengambil masa selama kira-kira dua jam untuk melengkapkan satu lukisan dengan menggunakan rambut
Selepas selesai menghasilkan karyanya, Xiaojiu memaklumkan bahawa dia akan menyapu semula rambut-rambut tersebut bagi menjaga kebersihan salunnya walaupun mengakui ia bukannya satu tindakan yang mudah untuk merosakkan hasil karya sendiri
“Apabila menyapu hasil karya sendiri, saya berasa sakit,”katanya
Xiaojiu mungkin mempunyai pengalaman baru dalam bidang seni rambut namun dia mempunyai masa depan cerah dalam bidang seni seperti artis terkemuka iaitu, Bill Flink
Walaupun Xiaojiu belum sampai ke tahap sedemikian namun bakat yang ada padanya tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak.




No comments: