» » Ekonomi Malaysia yang malap dan lesu didakwa jadi punca ramai rakyat Malaysia tak dapat kerja


Rakyat negara ini yang memilih meninggalkan pekerjaan mereka sekarang mendapati adalah sukar mendapatkan perkerjaan baru, kata satu kajian yang dijalankan oleh laman web pekerjaan.

Kajian The SkootJobs.com yang dijalankan baru-baru ini di kalangan 1,700 orang yang mencari kerja dalam talian mendapati 80.6 peratus daripada mereka menjawab bahawa adalah sukar atau amat sukar untuk mendapatkan pekerjaan hari ini.

Ini berbanding dengan 19.4 peratus daripada mereka yang menjawab soalan 'Bagaimana sukar untuk mendapatkan pekerjaan hari ini?’ memilih jawapan sama ada 'okay', 'mudah' atau 'sangat mudah’.

Walaupun begitu, responden kaji selidik yang sama percaya prospek jangka panjang kekal positif, dengan 70.3 peratus berkata prospek ekonomi dan politik jangka panjang Malaysia adalah okay atau baik.

CEO SkootJobs.com Asim Qureshi berkata kaji selidik itu menunjukkan bahawa pencari kerja mulai merasai bahang kesukaran mendapatkan kerja sekarang.

"Hanya 3.5 peratus daripada pencari kerja berasa mudah atau sangat mudah untuk mendapatkan pekerjaan.

Ini sangat menghairankan, terutamanya pasaran kerja Malaysia secara tradisinya sentiasa berputar dengan majikan sukar mendapatkan kakitangan," kata Asim.

Beliau percaya bahawa syarikat kini mengambil masa dan terlalu memilih calon.

"Saya lihat majikan hari ini lebih selektif ketika mengambil pekerja berbanding beberapa tahun lalu," katanya.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .