Penyanyi Indah Ruhaila mengesahkan bakal menamatkan zaman solonya dengan pemuda yang juga seorang pengurus akaun pada Mac tahun hadapan.
Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussin, 29, berkata, ia juga menamatkan segala spekulasi yang kononnya pertunanga dia selama tiga tahun dengan jejaka yang dikenali sebagai R itu sudah berakhir.
Tambahnya, keputusan itu dicapai oleh keluarga kedua-dua belah pihak pada Ramadan lalu selepas merasakan ia adalah masa paling sesuai untuk mendirikan rumah tangga.
"Lega apabila sudah ada tarikh untuk berkahwin selepas tiga tahun kami bertunang, secara tidak langsung saya buktikan hubungan pertunangan kami berakhir seperti dirancang biarpun mengambil tempoh yang panjang.
"Saya tahu ramai yang menjangkakan hubungan kami akan berakhir dengan perpisahan kerana terlalu lama bertunang, tapi jodoh kami kuat.
"Insya-allah akan majlis akan berlangsung pada Mac depan waktu cuti sekolah, tapi belum ada tarikh yang tepat," ujarnya.
Indah turut memuat naik foto tentang sebuah jalan di laman sosial dengan kapsyen meminta peminat mendoakan keputusan yang dipilih itu.
Indah rancang kahwin Mac depan.
Selain itu, Indah berkata, keluarga kedua-dua pihaknya gembira dengan keputusan berkenaan dan sudah mula membuat persiapan majlis perkahwinan itu.
"Sudah tentu keluarga kami paling gembira, saya akui keluarga belah lelaki bimbang dan ada hubungi saya bertanya bagaimana arah hubungan kami.
"Pada awalnya kami ingin melangsungkan perkahwinan pada akhir tahun ini tapi masa sudah suntuk untuk buat persiapan," ujarnya.
Sementara itu, Indah mengakui ada beberapa pihak sudah menghubunginya untuk menaja persiapan majlis perkahwinan itu nanti.
Bagaimanapun dia masih menikai tawaran yang sesuai dan tidak menjejaskan majlis perkahwinan berkenaan.
"Ramai yang tawarkan untuk buat tajaan tapi saya masih memikirkannya sebab kalau boleh saya mahu pakai duit sendiri sahaja.
"Lagi pula, kalau boleh saya mahu majlis yang sederhana dan santai sahaja. Insya-Allah kami akan mengadakan sebuah majlis sahaja di Johor Bahru," ujarnya.
Indah mengikat tali pertunangan seminggu sebelum memasuki program Akademi Fantasia 2013.
No comments: