» » Zahid KOMEDI Hamidi kata amalan terima rasuah dana politik dibenarkan dalam sistem demokrasi


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam sistem demokrasi, amalan menerima dana politik dibenarkan kepada parti politik.

Timbalan perdana menteri berkata derma politik bukan perkara baharu dalam sistem demokrasi.

Malaysia ketika ini sememangnya masih tidak mempunyai undang-undang khusus derma atau pembiayaan politik perlu diisytiharkan dan tidak mengharamkan derma untuk kegunaan politik, katanya ketika memberi penerangan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau memberi penerangan di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) berkaitan isu dana politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun perdana menteri.

"Malah realitinya di kebanyakan negara maju juga derma politik diberi secara umum. Janganlah mana-mana pihak menuding jari dan berpura-pura tidak memerlukan dana politik kerana dalam sistem demokrasi derma politik bukan perkara baharu," katanya yang juga menteri dalam negeri.

Menyentuh mengenai ketiadaan undang-undang khusus tersebut ketika ini, Zahid berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri menyatakan kesediaannya supaya pembiayaan politik dikawal selia sejak 2009 lagi.

"Pada 2010, Program Transformasi Kerajaan (GTP) menyarankan cadangan kawal selia terhadap pembiayaan dana politik. Yang Amat Berhormat (YAB) perdana menteri juga menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya oleh Transparency International (TI) Malaysia pada 2013.

"Namun, saranan Yang Amat Berhormat (YAB) perdana menteri untuk mengawal selia derma atau pembiayaan dana politik tidak jadi kenyataan kerana cadangan ini ditolak parti pembangkang dan sehingga kini tidak ada undang-undang khusus dalam negara untuk menguruskan pemberian pembiayaan dana politik," katanya.

Memandangkan isu derma ini mendapat perhatian umum dengan pelbagai reaksi, Zahid berkata perdana menteri pada tahun ini sekali lagi mengetengahkan semula cadangan asal untuk mengawal selia pemberian dana politik dengan menubuhkan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) yang akan mengambil kira pandangan semua pihak berkaitan.

Beliau berkata pada 4 Ogos 2015, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan bahawa jumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun perdana menteri itu bukan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .