» » Kenali siapa sebenarnya Najib Razak dan kerosakan yang telah dilakukan terhadap Malaysia


Negara Malaysia tercinta ini adalah hasil perjuangan Umno sebagai sebuah parti, bukan oleh sesiapa atau seseorang.

Sebab itu apabila Datuk Onn Jaafar, pengasas dan yang dipertua parti pertama, membuat cadangan yang bertentangan dengan perjuangan parti, cadangannya ditolak dan dia keluar parti.

Hari ini kita dapati Umno sudah jadi milik presiden dan perjuangan Umno terhad kepada mendokong presiden. Kesetiaan ahli terhad kepada presiden, tidak lagi kepada parti, tidak lagi kepada bangsa, agama dan negara.

Ini ternampak jelas apabila slogan Satu Malaysia yang sama dengan Malaysian Malaysia diperkenal, penjajah dahulu dilantik sebagai penasihat, penggunaan konsultan Barat.

Sekilas penyelewengan Najib Razak :

- Penubuhan Pemandu untuk mengganti Unit Perancang Ekonomi


- Bayaran gaji kepada badan bukan kerajaan yang amat tinggi

- Meletak negara di bawah kehendak Singapura

- Meminjam berbilion ringgit yang dilabur sebahagian besar di luar negara

- Menubuhkan 1MDB dengan modal pinjaman besar

- Tidak dapat membuktikan di mana modal dilabur berada

- Gagal membayar faedah hutang

- Membeli tanah kerajaan dengan harga amat murah

- Menjual tanah ini kepada institusi kerajaan dengan harga 50 kali ganda lebih tinggi

- Wang Tabung Haji diguna secara sama, keuntungan berlebihan ini diguna menampung kerugian 1MDB

- RM2.6 bilion tiba-tiba berada dalam akaun peribadi Najib, kononnya derma dari orang Arab

- Siasatan badan pencegah rasuah dan Bank Negara ditamatkan oleh Najib sebelum tindakan dapat diambil, pendakwa raya dibuang

- PAC dibubarkan supaya tidak dapat menyiasat 1MDB

- Cara hidup mewah lebih kemampuan perdana menteri

- Gaji minima dinaikkan sehingga kilang berpindah ke negara lain dan pekerja hilang pekerjaan

- Kejatuhan mata wang dan nilai saham teruk

- Cukai GST dikenakan sehingga peniaga kecil terpaksa tutup kedai

- Kos sara hidup meningkat, beban bagi rakyat bertambah

- Sesiapa yang menegur disoal oleh polis, dituduh sabotaj bank dan kewangan negara dan dimasukkan dalam tahanan di bawah undang-undang yang salah

Besar kemungkinan parti akan kalah dalam PRU14 seperti di Selangor dan Pulau Pinang. BN dan Umno akan menjadi parti pembangkang. 

Sebagai pembangkang tidak akan ada apa-apa yang boleh dibuat oleh Umno untuk bangsa, negara dan agama.

Menyokong Najib mungkin memberi nikmat kepada orang tertentu hari ini. 

Tetapi apabila BN kalah nikmat semua akan hilang.

Sebaliknya jika Najib berhenti menjadi presiden Umno dan perdana menteri, besar kemungkinan Umno akan pulih semula dan BN akan menang PRU14. 

Dengan itu bangsa, negara dan agama akan lebih selamat. 

Negara akan maju semula dan semua rakyat akan dapat nikmat.

Wahai ahli dan pemimpin Umno di akar umbi. Fikirlah baik-baik. 

Jangan sokong dan setia secara buta tuli, atau kerana dapat nikmat hari ini. 

Bangsa kita akan kutuk kita jika nasib bangsa menjadi buruk kerana kita tamak dan lupakan perjuangan Umno. 

Dan segala nikmat yang kita dapati akan musnah, bahkan Kerajaan parti lawan akan bertindak ke atas kesalahan mereka semasa memerintah.

Semua ini memburukkan nama Malaysia dan merugikan rakyat.

Wahai ahli dan pemimpin Umno diperingkat akar umbi.

Jika ingin selamat dan menang tolaklah kepimpinan DSN (Datuk Seri Najib) sebelum PRU14.

Tolaklah kepimpinannya sebelum PRU14 supaya Umno selamat dan mampu memenangi PRU dan kekal sebagai Kerajaan yang adil kepada semua.

Saya menulis dalam blog saya kerana sekatan yang ketat diadakan supaya saya tidak dapat berjumpa dan bercakap dengan ahli Umno dan orang awam. 

Jentera diguna yang terdiri daripada badan kerajaan dan parti amatlah berkesan. 

Dengan sendirinya ini menjadi bukti kesalahan sedang dilakukan.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .