» » Suami Shahrizat Jalil dakwa NFCorp tak boleh jalankan projek lembu feedlot kerana tiada infrastruktur walaupun telah mengambil RM250 juta


National Feedlot Corporation (NFCorp) tidak semestinya bersalah atas kegagalan mencapai sasaran menghasilkan 8,000 lembu untuk Projek Fidlot Kebangsaan (NFC) pada 2010.

Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail di kandang saksi dalam perbicaraan kes saman fitnahnya terhadap anggota parlimen Pandan Rafizi Ramli dan Malaysiakini.

“Jika NFC gagal capai sasaran, ada tanggungjawab itu terletak pada satu pihak - NFCorp, yang menjalankan projek itu?” soal Razlan Hadri, peguam yang mewakili Rafizi.

“Tidak, tidak semestinya,” kata Salleh, yang juga suami kepada Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Menurut Salleh, NFCorp, yang diberikan RM250 juta pinjaman mudah dan mengambil alih tanah 1,500 ekar NFC bernilai RM74 juga di Gemas, hanya bertindak sebagai “integrator”.

“Ekoran infrastruktur tidak disediakan oleh NFCorp.

“Saya tidak ada infrastruktur, saya tidak boleh jalankannya,” katanya kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .