» » Miera Leyana sedang berkawan dengan anak menteri


Pelakon Miera Leyana menyangkal gosip terbaharu kononnya dia sedang hangat bercinta dengan anak kepada seorang menteri kabinet walaupun mereka dilihat muncul dalam sebuah majlis.

Miera, 22, bagaimanapun tidak menafikan dia mengenali pemuda berusia 32 tahun itu sejak setahun lalu namun menegaskan mereka hanya sekadar rakan biasa.

"Saya tidak nafikan mengenali dia tetapi hubungan kami sekadar rakan biasa sahaja dan bukannya pasangan kekasih seperti didakwa.

"Bagaimanapun saya tidak boleh menjangkakan apa akan berlaku pada masa hadapan tetapi buat masa sekarang kami memang berkawan sahaja," katanya kepada mStar Online.

Miera ditemui ketika hadir pada acara Night of Dignity: Diandra Comeback yang berlangsung di Hotel Royale Chulan di sini pada malam Rabu.

Menerusi acara berkenaan pereka fesyen Diandra memperkenalkan koleksi pakaian terbaharu untuk lelaki dan wanita selepas dia menyepi sebelum ini.

Miera turut membawa teman lelakinya itu pada acara berkenaan.

Dalam pada itu, Miera berkata, dia mengenali anak menteri itu selepas terlibat dalam sebuah drama terbitan syarikat produksi milik pemuda berkenaan.

Kata Miera, sejak itu mereka berkenalan dan hubungan itu kekal sehingga hari ini.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .