Sebuah mesin pengeluaran wang (ATM) di stesen minyak di Seksyen U16, Bukit Subang telah dilarikan oleh sekumpulan enam penjenayah awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 pagi, penjenayah yang bertopi kaledar telah memecah cermin premis terbabit sebelum mengikat mesin ATM menggunakan tali dan menariknya menggunakan sebuah lori tiga tan.
Di fahamkan semasa kejadian terdapat dua pekerja stesen minyak terbabit yang berada dalam premis, bagaimanapun mereka tidak dicederakan oleh penjenayah terbabit.
Polis masih mengesan kumpulan penjenayah terbabit dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
No comments: