Jumlah mangsa banjir di Terengganu ialah seramai 1,066 orang daripada 282 keluarga setakat pukul 8 pagi ini.
Ia bertambah sedikit daripada jumlah malam tadi iaitu seramai 1,018 orang daripada 270 keluarga.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Negeri (JPBN), pusat pemindahan yang masih dibuka ialah sebanyak 15 buah sementara 22 pusat telah ditutup.
Daerah Kemaman kekal merekodkan mangsa paling ramai iaitu 719 orang daripada 161 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan.
Manakala Dungun mencatatkan 347 mangsa daripada 121 keluarga dan ditempatkan di empat pusat pemindahan.
No comments: