» » Muhyiddin tetap hadir dalam perhimpunan UMNO nanti walaupun jadi ‘TUNGGUL' sahaja


Bertegas akan menyertai Perhimpunan Agung Umno pada 8 Disember ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kehadirannya ke perhimpunan tahunan itu ibarat tunggul.

"Saya hendak berucap, tapi saya diberitahu tidak boleh berucap. Saya tidak boleh berucap pada sayap Wanita, Puteri dan Pemuda," kata timbalan presiden Umno itu.

"Saya diberitahu tidak boleh terlibat dalam penggulungan. Saya jadi tunggul saja duduk di atas pentas," katanya kepada wartawan sewaktu bersama-sama menyatakan sokongan kepada 9 ketua cawangan Teluk Kemang yang dipanggil Lembaga Disiplin Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .