» » Balu PI Bala gagal saman Najib Razak dan Rosmah Mansor


Perjuangan balu saksi utama perbicaraan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, cuba mengembalikan tuntutan saman RM2 juta kerana kesengsaraan dialaminya bersama keluarga selama 5 tahun hidup dalam buangan di India, kini tiba di penghujung jalan.

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan A. Santamil Selvi, balu mendiang P. Balasubramaniam, meminda kertas mahkamahnya.

Santamil mahu panel hakim mengubah permohonan terdahulunya untuk semakan keputusan Mahkamah Rayuan kepada permohonan mendapatkan kebenaran.

Panel 3 hakim dipengerusikan Tan Sri Raus Sharif berkata, permohonan Santamil membuat pertukaran itu tidak memadai untuk mahkamah menggunakan budi bicaranya.

“Alasan yang dikemukakan peguam (mewakili Santamil) tidak memadai untuk kami menggunakan budi bicara membenarkan pindaan berkenaan,” katanya.

Raus juga memerintahkan kos RM10,000 dibayar kepada setiap seorang daripada 7 responden, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .