Malah, tidak semua perwakilan yang mendengar ucapan bersemangat Presiden Umno menerima baik penjelasan tersebut.
Di sebalik penjelasan Najib, kata mereka, ada beberapa isu asas yang masih boleh dipertikaikan.
Perwakilan dari Perak yang enggan namanya didedahkan mendakwa, penjelasan penuh berhubung penderma dan maklumat teperinci mengenai individu yang amat bermurah hati itu masih kabur.
“Secara peribadi saya rasa penjelasan itu tidak jelas sampai habis.
“Maksudnya, siapa (penderma), maklumat terperinci (mengenai penderma) - semua rakyat nak tahu semua terutamanya dalam keadaan politik sekarang apabila pembangkang terus menerus menyerang Umno.
"Kita kena telus untuk meyakinkan rakyat dan ahli parti perlu membuat kerja di peringkat akar umbi," katanya.
Malah, beliau turut mempersoalkan tindakan Najib memasukkan dana derma itu ke akaun persendirian.
"Isu paling besar pada saya ialah, kenapa masuk ke akaun peribadi dan tidak disebut dalam penyata kewangan parti?" katanya.
Semua parti terima dana
Kecelaruan itu, kata beliau, boleh menyebabkan integriti parti dipertikaikan orang ramai.
Perwakilan Cheras, Zainal Abidin Abdul Hamid pula berkata apa yang dinyatakan presiden parti itu semalam tidak diterima semua perwakilan.
"Terlalu ramai bercakap tentang wang derma dari Timur Tengah ini dan kami pun tak pasti apa yang dinyatakan itu benar atau tidak.
"Perkara ini pun tak cukup jelas kepada perwakilan. Apa yang dinyatakan semalam pun lebih kepada pilihan raya umum ke-14," katanya kepada Malaysiakini.
sumber




No comments: