» » Mahasiswa UM kecam tindakan naikkan caj Internet susulan potongan bajet 2016


Pemotongan dalam bajet kerajaan persekutuan untuk universiti awam turut dirasai pelajar Universiti Malaya (UM) apabila kuota Internet mereka dikurangkan dan bayaran tambahan dikenakan untuk penggunaan WiFi di kampus, kata sekumpulan mahasiswa hari ini.

Persatuan Untuk Belia Baru UM (Umany) dan Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) berkata UM akan mengehadkan akses kepada WiFi di kampus itu kepada 5GB mulai Mac akan datang, berbanding kuota semasa yang tidak terhad.

"Berdasarkan maklumat yang diterima, setiap pelajar hanya diberi kuota 5GB dan mereka akan dikenakan bayaran untuk penggunaan lebih daripada itu," kata pengerusi Umany Ho Chi Yang pada satu sidang media di UM hari ini.

"Persoalannya, adalah 5GB cukup untuk kerja harian pelajar? Hampir 80% daripada maklumat datang dari Internet," katanya.

Katanya, walaupun Putrajaya berjanji tidak akan menaikkan yuran tuisyen ketika peruntukan untuk universiti awam dipotong di bawah Bajet 2016, pengurusan UM menaikkan yuran lain.

"Pelajar memang sudah terjejas akibat kos sara hidup yang meningkat. Kesan daripada rancangan (mengehadkan akses WiFi dan mengenakan caj tambahan) ini pasti akan membebankan kami."

Wakil PMIUM Suhail Wan Azahar berkata, berdasarkan kajian mereka sendiri di kalangan 1,000 pelajar UM, 70% daripada responden menentang idea itu.

Wakil daripada kedua-dua pertubuhan pelajar itu akan berusaha untuk mengadakan dialog dengan Pusat Teknologi Maklumat UM esok.

The Malaysian Insider sedang cuba untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak pengurusan UM.

Bajet negara memperuntukkan RM13.378 bilion untuk pendidikan tinggi tahun depan, turun RM2.4 bilion daripada bajet tahun lepas.

Peruntukan baharu ini membentuk 5% daripada jumlah keseluruhan bajet untuk 2016.

UM hanya akan menerima RM463 juta tahun depan, berikutan potongan sebanyak 27.3% atau RM175 juta.

Universiti awam lain yang akan mengalami pengurangan pembiayaan daripada kerajaan sebanyak lebih daripada 20% ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Teknologi Mara dan Universiti Malaysia Terengganu.

Bajet 11 universiti awam lain akan dikurangkan di antara 10% dan 20%.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .