» » Ketua polis negara yang tentukan sama ada panggil Gani Patail atau tidak berhubung siasatan kes pembunuhan Kevin Morais


Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini berkata, keputusan sama ada ingin memanggil bekas peguam negara Tan Sri Gani Patail berhubung kes siasatan membabitkan pembunuhan timbalan pendakwa raya Datuk Kevin Morais terpulang kepada Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar. 

Timbalan menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, ia kerana ketua polis negara adalah pihak yang berkuasa dalam melaksanakan undang-undang.

"Kuasa pada KPN untuk melaksanakan undang-undang, wajar atau tidak (panggil Gani) terpulang kepada dialah," kata Nur Jazlan ketika sesi penggulungan kementerian berkenaan di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian kepada ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo menjawab pertanyaan sama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil Gani membantu siasatan tersebut.

"Adakah kenyataan akan diambil daripada Gani untuk mengesahkan perkara ini? Kemungkinan besar kes ini melibatkan personaliti.

"Tugas diserahkan kepada timbalan pendakwa raya, selain mendiang Kevin, orang yang tahu adalah Gani?" soalnya.

Nur Jazlan bagaimanapun berkata, keputusan itu terpulang kepada Khalid.

"Soal nak panggil peguam negara terpulang kepada polis. Saya tak boleh nak beri jawapan," katanya.

Abang kepada mendiang Kevin, Charles Morais sebelum ini mendakwa, membuat akuan bersumpah yang mendakwa abangnya yang mati dibunuh pada September lalu sedang menyiasat kes melibatkan seorang pemimpin dan isterinya.

“Tiga bulan sebelum Kevin meninggal dunia, dia memberitahu saya pemimpin itu adalah ‘lelaki dahsyat’ dan isterinya adalah lebih dahsyat," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .