Selepas kenyataan dibuat pelbagai pihak termasuk Majlis Raja-Raja, namun masih tidak kelihatan mereka yang sewajarnya ditahan untuk siasatan .
Ada kemungkinan tidak akan diambil tindakan walaupun dilaporkan terlibat dengan siri jenayah berat termasuk pembunuhan kejam, pecah amanah, rasuah, penggubahan wang haram, fitnah jenayah, penderhakaan dan pengkhianatan pada Yang di-Pertuan Agong .
Percubaan mengubah Perlembagaan Persekutuan gagal tanpa melalui majoriti 2/3 ahli Dewan.
Amatlah muka tembok atau tidak malu sekali bila kita cuba menafikan laporan media seluruh pelosok dunia termasuk Amerika, Australia, Britain, Perancis dan media utama negara timur tengah juga.
Amatlah muka tembok atau tidak malu sekali bila kita cuba menafikan laporan media seluruh pelosok dunia termasuk Amerika, Australia, Britain, Perancis dan media utama negara timur tengah juga.
Apa agaknya konon kepentingan seluruh dunia untuk memfitnah Malaysia?
Kenapa pegawai kanan kerajaan yang diamanahkan menjaga keamanan dan kestabilan negara kita memetik keindahan bahasa Melayu kita menjadi bangang, buta perut, buta tuli, pekak badak, lembu kenyang?
Amat munasabah beberapa pegawai tinggi kerajaan patut ditamatkan perkhidmatan serta merta ataupun di kumpulkan di satu bangunan di ceruk mana dengan tugas dan jawatan baharu yang tidak ada kena mengena langsung dengan skop tugas mereka sekarang seperti menjadi umpamanya ketua tukang sapu sampah negara, ketua tukang bersih tandas negara dan sebagainya.

Disyorkan mereka yang patut ditamatkan perkhidmatan atau ditukarkan termasuklah ketua polis negara, panglima angkatan tentera, ketua pengarah SPRM, ketua perbendaharaan negara, ketua setiausaha negara, peguam negara dan beberapa nama lagi yang boleh dikenal pasti kemudian.
Jika ada daripada nama ini ingin bertindak mengambil tindakan, "constructive dismissal'' tidak mengapa kerana yang pasti negara telah lebih rugi kerana kegagalan atau kecuaian mereka dalam menjalankan tugas menjaga kepentingan rakyat dan negara.
Mereka jugalah yang berterusan merendahkan semangat dan moral sebahagian besar pegawai mereka dan secara tidak langsung mengelirukan pasukan mereka sendiri sama ada tugas asas membanteras jenayah atau melindungi penjenayah serta menahan pula pihak yang tidak melakukan kesalahan dengan membiarkan penjenayah sebenar bebas bermaharajalela.
Alasan tidak mengambil tindakan kerana kononnya sedang disiasat badan lain juga tidak munasabah.
Badan lain cuma nyamuk saja namun badan raksasa utama ialah mereka sendiri di mana kuasa mereka datang daripada akta masing-masing secara terus.
Alasan yang mereka terpaksa mengikut arahan juga tidak boleh diterima kerana arahan berbentuk membawa mereka menjadi bersubahat melakukan jenayah tidak wajar dipatuhi kerana ia sememangnya kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan.
Takkanlah bila boss minta lakukan jenayah mereka perlu jawab; ''ok boss''?
Takkanlah bila boss minta lakukan jenayah mereka perlu jawab; ''ok boss''?
Malah Imam Muslim melaporkan dalam hadis sahih Muslim, Nabi Muhammad sendiri bersabda jika Fatimah, anak baginda mencuri, akan dipotong juga tangannya selepas segala elemen sariqah dibuktikan termasuk kadar minima ¼ dinar.
Dan ketika Saidina Abu Bakar akhirnya mahu menerima jawatan sebagai Khalifah, Saidina Abu Bakar memberikan syarat kepada rakyatnya berkata benar walaupun pahit walaupun terhadap Saidina Abu Bakar sendiri.
Pengganti jawatan tinggi berkenaan haruslah dikenal pasti agar tidak mendapat pengganti yang mengulangi perbuatan sama.
Pengganti jawatan tinggi berkenaan haruslah dikenal pasti agar tidak mendapat pengganti yang mengulangi perbuatan sama.
Justeru pengganti boleh datang daripada pegawai berpangkat rendah atau langsung tidak berpangkat serta boleh juga tidak langsung mempunyai sebarang anugerah kebesaran pada nama masing-masing yang penting dapat melakukan tugas demi kepentingan rakyat dan negara tanpa melindungi apa jua bentuk jenayah.
Kerana kegagalan dan kecuaian mereka menjalankan tugas, para penjenayah kenamaan gagal mereka tahan dan dakwa malah ada yang terus sombong dan berhidung tinggi terhadap rakyat.
Kerana kegagalan dan kecuaian mereka menjalankan tugas, para penjenayah kenamaan gagal mereka tahan dan dakwa malah ada yang terus sombong dan berhidung tinggi terhadap rakyat.
Mereka berjawatan tinggi ini kaya raya, lebih afdal jika meletak jawatan tinggi secara sukarela untuk bercuti ke mana saja, atau bermain main dengan cucu cicit atau fokus kepada taubat nasuha dengan memperbanyakkan amal ibadat termasuklah menjadikan Raudhah Masjid Nabi di Madinah sebagai lokasi lepak mereka yang utama untuk terus berdoa dan sebagainya.
Manakala para menteri dan timbalan menteri yang asyik mengeluarkan kenyataan tahap tiga suku patut dihantar menjadi menteri di dalam wad sakit jiwa ataupun mereka juga ada yang boleh didakwa kerana bersubahat melindungi penjenayah menerusi kenyataan menyakitkan hati mereka.
Siapa kata rakyat kini masih terus kenyang macam biasa?

Yang berterusan kenyang ialah penyamun rasmi negara bersama mereka yang turut bersubahat saja.
Tidak mustahil peningkatan jenayah ragut menggunakan motosikal oleh mat rempit ialah kerana mereka tidak cukup makan namun penjenayah VVIP tidur dalam kemewahan ratusan ribu ringgit hotel semalam bila berada di luar negara musim cuti ,'winter-holiday', Krismas dan Tahun Baru 2016.
No comments: