» » 47 mangsa banjir di Kuala Krai Kelantan setakat ini


Sebanyak 47 orang daripada 14 keluarga dari Kampung Ghucil 7, Kuala Krai berada di sebuah pusat pemindahan banjir Pejabat Veterinar Kuala Krai, pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Hanif Che Khalid berkata mereka terdiri daripada 28 orang dewasa dan 19 kanak-kanak dipindahkan ke pusat pemindahan tersebut sejak 7 malam tadi.

Penduduk terbabit dipindahkan berikutan kampung mereka yang terletak di kawasan rendah dinaiki air akibat Sungai Durian melimpah berikutan hujan berterusan 2 hari lalu, katanya .

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan Shahimi Sharif berkata paras air sungai utama termasuk Sungai Kelantan berada di bawah paras amaran dan menunjukkan trend menurun. Beliau berkata cuaca pagi ini dilaporkan cerah.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .