» » Ahli UMNO Telok Kemang bakal dipecat kerana kritik skandal RM2.6 bilion Najib Razak dan gesa beliau letak jawatan



Seorang daripada 9 ahli Umno Bahagian Telok Kemang yang terlibat dalam perbuatan mendesak presiden parti berundur akan menghadapi tindakan dipecat daripada parti.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang mengesahkan perkara itu, berkata lelaki itu merupakan ahli biasa di sebuah cawangan.

Katanya pemecatannya itu yang diputuskan Lembaga Disiplin parti perlu diperakukan Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Bercakap kepada Bernama, Tengku Adnan berkata 8 lagi ahli, kesemuanya ketua cawangan di bahagian itu, dikenakan hukuman oleh Lembaga Disiplin mengikut tahap kesalahan masing-masing.

"Seorang ahli biasa akan dipecat tetapi surat belum lagi dikeluarkan kepada beliau sebab ia memerlukan perakuan Majlis Tertinggi.

"Lima ketua cawangan akan digantung 2 penggal daripada menyertai pemilihan parti dan hilang jawatan mereka dalam parti, berkuat kuasa serta-merta. Lima orang ini dapat surat daripada Lembaga Disiplin.

"Tiga lagi ketua cawangan telah diberi surat amaran," katanya.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .