» » Veteran UMNO dakwa Obama tidak hormat Najib kerana jumpa NGO pembangkang secara terang-terangan


Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang bertemu dengan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) pro pembangkang tidak menghormati Datuk Seri Najib Razak sebagai tuan rumah menganjurkan persidangan Asean, kata veteran Umno.

Setiausaha Veteren Umno Datuk Mustapha Yaacub berkata, Obama sepatutnya lebih sensitif dengan perkembangan politik di negara ini dan menghormati pemimpin kerajaan.

"Veteren Umno kesal dengan sikap Obama yang tidak tahu menghormati tuan rumah Malaysia apabila beliau membuat keputusan untuk berjumpa dengan kumpulan pembangkang dan anti kerajaan ketika kehadirannya sebagai tetamu negara dan menjalankan tugas rasmi menghadiri Sidang Kemuncak Asean.

"Sikap seperti ini jelas menunjukkan ketua negara koboi itu mahu menunjukkan menunjukkan keangkuhan dan tidak sensitif terhadap negara tuan rumah," katanya.

Beliau juga mempersoalkan adakah perjumpaan Obama dengan kumpulan itu merupakan sebahagian daripada tugas rasmi dalam lawatannya ke negara ini.

Semalam aktivis sosial mengenal pasti rasuah sebagai isu mustahak di Malaysia yang memberi kesan kepada institusi awam dan hak asasi manusia sepanjang pertemuan bersama Obama selama sejam.

Sabtu lalu The Malaysian Insider melaporkan Pengarah Eksekutif Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) Cynthia Gabriel membangkitkan tuduhan rasuah membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kesannya terhadap institusi awam yang terlibat dalam siasatan membabitkan syarikat sarat hutang itu ketika pertemuan bersama Obama.

Obama memahami dan memberi tumpuan khusus mengenai agenda anti rasuah adalah sangat penting baginya, kata Cynthia.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

1 comments:

  1. Amerika negara yang tidak boleh dipercayai.Yahudi control pemimpin Amerika. Awas TPPA!

    ReplyDelete

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .