» » JPM dakwa SPRM hanya akan siasat SRC dan bukan 1MDB berkaitan siasatan skandal 1MDB

 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan menyiasat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) susulan langkah peguam negara meletakkan siasatan terhadap syarikat pelaburan milik negara itu di bawah polis persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi.

Low berkata, siasatan SPRM sebenarnya terhad kepada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd (SRC), dan untuk alasan itu, badan anti rasuah itu menghubungi peguam kepada ahli perniagaan Low Taek Jho bagi menetapkan tarikh menyoal siasatnya.

Ooi dalam soalannya bertanya apa yang SPRM lakukan untuk menjejaki Low bagi membantu siasatan berkaitan 1MDB dan mengapa pasportnya masih belum dibatalkan bagi memastikan beliau pulang ke tanah air.

“Bagi siasatan SRC, SPRM sudah menghubungi peguam Jho Low untuk menetapkan tarikh bagi merekodkan keterangannya.

“Tetapi, SPRM tidak boleh mendedahkan kandungan perbincangan itu bagi mengelakkan ia menjejaskan siasatan,” katanya.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .