» » SPRM nafi pernah tawarkan wang skandal RM2.6 bilion Najib Razak untuk rakyat Malaysia yang komited tentang keganasan.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan pernah mengeluarkan kenyataan ‎ketua pesuruhjayanya mengisytiharkan RM2.6 billion dari akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digunakan sebagai sumbangan kepada rakyat Malaysia yang komited menentang keganasan.

"SPRM menyedari penyebaran maklumat palsu menerusi media sosial, kononnya SPRM menawarkan ganjaran atau pampasan menggunakan wang RM2.6 bilion, kes yang sedang disiasat SPRM.

"‎Maklumat yang sedang disebarkan ini adalah palsu, yang dipercayai dikeluarkan pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab," kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini.

Disebabkan, satu laporan polis dibuat SPRM mengenainya baru-baru ini.

"SPRM juga berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat penyebaran maklumat palsu ini, di mana secara langsung menjejaskan nama dan reputasi SPRM, kata kenyataan itu lagi.

SPRM turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dan pada masa yang sama tidak menyebarkan atau menghantar mesej terbabit kepada pihak lain.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .