» » Kementerian Kesihatan dakwa TPPA tak akan sebabkan harga ubat-ubatan melambung naik di Malaysia


Tidak timbul isu kenaikan harga ubat di hospital dan klinik kerajaan kerana ia ditangggung sepenuhnya kerajaan.

Kementerian Kesihatan dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat menjelaskan, pesakit yang datang ke hospital dan klinik kerajaan tidak perlu membayar kos ubatan.

“Dalam sektor kerajaan, peningkatan kos perubatan akan melibatkan kerajaan dan bukan pesakit,” menurut kementerian itu.

Kementerian itu menjawab soalan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) yang ingintahu apakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan tiada peningkatan bagi kos ubatan di hospital dan klinik kerajaan.

Kebelakangan ini kebimbangan disuarakan banyak pihak bahawa kemungkinan harga ubat akan meningkat sekiranya kerajaan mengambil keputusan untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .