» » Sara Ali tiada hasrat berlakon sampai tua


Mengakui menerima banyak ucapan tahniah setelah diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama semasa Anugerah Skrin 2015, baru-baru ini, namun ada sesuatu yang lebih mengejutkan Sara Ali, 25.

Tidak tahu namanya berada dalam senarai Top 5 kategori tersebut, lebih memeranjatkan heroin drama Hak ini apabila dua pelakon senior yang dihormatinya, Fauziah Datuk Ahmad Daud (drama Seligar) dan Sheila Rusly (Dari Pintu Neraka) turut tercalon dalam kategori sama.

Berkali-kali jugalah beliau bertanya kepada Mangga Online apakah benar dua nama besar itu berada dalam senarai sama?

“Saya memang terkejut sangat… Kalau tidak diberitahu, memang saya tak tahu. Saya tak dapat hadir ambil anugerah kerana ada hal peribadi yang tak dapat dielakkan.

“Saya terkejut sebab ada dua nama besar itu. Saya berterima kasih pada pengarah, Raja Ahmad Alauddin kerana dengan tunjuk ajar beliaulah, saya menang trofi ini.

“Watak dalam Hak terutama babak budak sekolah bersalin setelah terlanjur adalah paling mencabar kerana tiada pengalaman.

“Beliau banyak bimbing saya dari segi perkembangan watak daripada remaja terlanjur, pekerja bawah umur, jadi ibu di usia mentah dan melawan keadaan untuk merebut kembali anak yang diberikan kepada orang lain.

“Saya anggap rezeki dan peluang dapat watak itu hingga jadi pilihan untuk menang. Kalau watak diberikan kepada pelakon lain dan dengan bimbingan pengarah, pasti pelakon lain itu juga boleh menang.

“Percaturan Allah itu memang indah. Saya dipertemukan dengan pengarah sehingga tercalon dan tak sangka menang buat pertama kali,” ujar Sara dalam perbualan dengan Mangga Online. Dua pelakon lain juga dalam kategori sama ialah Siti Saleha (Ada Sejadah Panjang Terbentang) dan Diana Danielle (Talak).

Beliau sebelum ini pernah tiga kali dicalonkan dalam kategori pelakon filem wanita terbaik melalui filem Songlap dan KamiHisteria untuk Festival Filem Malaysia, juga kategori Pelakon Harapan (Nur Kasih The Movie). Pencalonan pertama kali dalam ASK2012 pula untuk filem Songlap.

“Saya bersyukur setelah lima tahun dalam industri seni, kemenangan ini menambah portfolio istimewa dalam kerjaya.

“Saya tak anggap mengalahkan mereka yang lebih legend tetapi ini adalah penghormatan dan penghargaan di atas usaha serta minat pada bidang lakonan.

“Saya anggap kemenangan ini juga rezeki terindah sebagai simpanan kenangan peribadi,” jelas Sara yang turut berkongsi kegembiraan di atas kemenangan drama lakonannya, Rubber Band sebagai Drama Rantaian Komedi Terbaik.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .