» » PAC soal bekas CEO 1MDB 4 jam

Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Shahrol Halmi akan dipanggil untuk pendengaran kali kedua Isnin depan selepas 4 jam disoal ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), hari ini.

Pengerusi PAC Datuk Hassan Ariffin berkata, jawatankuasa itu berpendapat Shahrol perlu memberi penjelasan lanjut berkaitan pembentukan 1MDB, yang berlaku dalam 2009 ketika di bawah pengurusan beliau.

“Panel memerlukan maklumat lebih lanjut sebelum bertemu Arul Kanda Kandasamy (presiden 1MDB sekarang) 1 Disember depan," kata Hassan dalam kenyataan yang diberikan kepada media selepas pendengaran hari ini.

Timbalan Setiausaha 1MDB Datuk Dr Isa Mohd Hussain dan ketua jabatan undang-undang syarikat itu turut serta dalam pendengaran hari ini.

Ini adalah pendengaran kali ke-4 yang dibuat PAC ke atas 1MDB.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .