» » Nafi 2 pegawai kanan YAPEIM diarah bercuti berkaitan tuduhan salah guna wang anak yatim


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk seri Jamil Khir Baharom hari ini menafikan laporan 2 orang pegawai kanan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) diarahkan bercuti.

"Keputusan belum ada lagi, berita itu tidak benar," katanya kepada pemberita apabila diminta mengulas mengenai dakwaan tersebut.

Kelmarin, TV3 melaporkan kedua-dua pegawai tinggi itu sebagai Pengerusi Yapeim Datuk Abdul Malek Awang Kechil dan Timbalan Pengerusi Datuk Siti Zaleha Hussin.

Pada masa yang sama, beliau juga mengelak menjawab segala pertanyaan mengenai skandal yayasan itu, termasuk pendedahan Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Nasional (NOW) dilakukan kebelakangan ini, yang menyebabkan Yapeim terpaksa memberi pennjelasan kepada hampir 3,000 penyumbang dana Amal Jariah (Skim Potongan Gaji) yang menarik diri daripada menyumbang kepada yayasan itu.

“Saya hendak kena jawab dalam mahkamah nanti. Saya tak nak nanti jadi bercampur.

"Kita menubuhkan satu jawatankuasa untuk melihat kepada tadbir urus baik Yapeim," katanya selepas merasmikan Majlis Perasmian Persidangan Fiqh Zakat Antarabangsa di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan, Jamil mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yapeim kelmarin dan membincangkan dakwaan penyalahgunaan dana Yapiem.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, satu mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yapeim diadakan pada 9.30 pagi di Hotel Putra, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .