Siasatan terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu derma RM2.6 bilion oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) perlu diselesaikan dahulu sebelum Parlimen membahaskan kandungan teks Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Menerusi kenyataan pada Ahad, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menegaskan, Parlimen perlu menyelesaikan dua isu berkenaan sebelum perjanjian perdagangan itu dibuka untuk perdebatan.
“Saya akan membawa dua usul ke Parlimen supaya siasatan PAC ke atas 1MDB dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas derma RM2.6 bilion kononnya untuk PRU13 diselesaikan terlebih dahulu sebelum membahaskan TPPA.
“Isu-isu ini penting kerana ia akan memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya berharap Speaker akan membenarkan usul ini diteruskan dan dibahas di Parlimen,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian Online.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata demikian mengulas pendedahan semua kandungan perjanjian TPPA kepada masyarakat umum oleh Kementerian Perdagangan dan Antarabangsa (MITI), pada Khamis.
Dalam perkembangan sama, Nurul Izzah berkata, artikel TPPA yang dikeluarkan kerajaan Amerika Syarikat, New Zealand dan Malaysia itu menuntut negara ahli supaya patuh kepada Bab 26 mengenai Ketelusan dan Pencegahan Rasuah.




No comments: