» » Ketua Audit serahkan laporan akhir siasatan skandal 1MDB kepada PAC hujung Disember 2015 ini


Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang akan menyerahkan laporan akhir berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 17 Disember depan, kata Datuk Hasan Arifin.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan selepas selesai prosiding di Parlimen hari ini, pengerusi PAC itu berkata, mereka menyasarkan untuk melengkapkan siasatan penuh terhadap 1MDB pada Mac 2016.

"PAC dimaklumkan Laporan Akhir Ketua Audit Negara terhadap 1MDB akan siap dan diserahkan kepada PAC untuk dibentangkan dijangka pada 17 Disember 2015.

"PAC menegaskan keutamaan jawatankuasa adalah untuk menjalankan siasatan yang adil dan menyeluruh ke atas 1MDB. Laporan lengkap untuk 1MDB disasarkan untuk siap pada Mac 2016," kata Hasan, dalam kenyataannya.

Prosiding pengurusan kawalan tadbir urus syarikat 1MDB dijalankan PAC hari ini dengan memanggil mantan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, sekali lagi.

Shahrol sebelum ini dipanggil pertama kali menghadiri prosiding membabitkan 1MDB menghadap PAC minggu lepas.

"Shahrol memberikan kerjasama yang memuaskan dan menjawab segala soalan yang ditujukan kepadanya.

"Begitu juga semua ahli PAC berkesempatan bertanya soalan yang begitu memuaskan daripada segi semua aspek mengenai pengurusan kawalan tadbir urus 1MDB," kata Hasan yang juga ahli Parlimen Rompin.

"Laporan awal terhadap 1MDB dan penerangan daripada ketua audit negara juga disampaikan."

Hasan dalam kenyataannya turut berkata, prosiding PAC berkenaan 1MDB akan diteruskan esok, dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy akan dipanggil menghadap jawatankuasa di bawah Parlimen itu.

"Siasatan ke atas 1MDB akan diteruskan esok dengan keterangan daripada Arul Kanda Kandasamy.

"Berikutan ini, Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin akan memberikan keterangan kepada PAC selepas PAC mendengar Laporan Akhir Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .