Timbalan presiden PKR itu berkata, selagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan memberikan jawapan, Dr Mahathir akan terus menerus menyerang beliau dengan melontarkan pelbagai dakwaan terhadapnya.
"Dr Mahathir sudah keluarkan banyak soalan dan perdana menteri kena jawablah. Selagi perdana menteri tidak berikan jawapan, maka perkara ini akan berterusan.
"Saya kira, soal Dr Mahathir berikan pandangan dan teguran, itu hak dia sebagai rakyat Malaysia," kata Azmin kepada pemberita ketika ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Shah Alam, hari ini.
"Kerajaan kena bersedia berikan penjelasan secara fakta bagi mematikan andaian dan dakwaan tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Dr Mahathir hari ini yang berkata, mahkamah perlu menerima gaya hidup mewah seseorang sebagai bukti wujudnya elemen rasuah.
Dr Mahathir ketika ini hebat mengkritik pentadbiran Najib dan menuntut perdana menteri itu melepaskan jawatannya serta menggesa ahli Parlimen membawa usul undi tidak percaya terhadap Najib di Dewan Rakyat.
Dr Mahathir hari ini turut mengulas kenyataan bekas presiden Majlis Peguam Datuk S Ambiga, menyatakan sesiapa yang berminat untuk membawa perubahan dalam negara perlu menyingkirkan Najib terlebih dalu.
sumber




No comments: