» » Gesa peguam Negara segera bertindak siasat skandal 1MDB dan RM2.6 bilion Najib Razak jika serius dan patuh pada undang-undang


Seorang pemimpin DAP hari ini berkata, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali perlu memberi keutamaan kepada penyiasatan ke atas Datuk Seri Najib Razak jika beliau serius mengambil berat mengenai kebimbangan orang ramai.

Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata, pertamanya Apandi perlu lakukan ialah menangani isu yang menyelubungi skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd dan "derma" RM2.6 bilion, kerana ia mentakrifkan politik Malaysia dan menjejaskan ekonomi negara.

"Ia harus menjadi isu nombor satu di Malaysia dalam senarai apa yang perlu dilakukan peguam negara," katanya.

Liew mengulas laporan khas The Malaysian Insider hari ini di mana Apandi berkata, beliau mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melengkapkan siasatan berkaitan SRC International dan wang RM2.6 bilion itu sebelum hujung tahun ini kerana beliau memandang serius kebimbangan orang ramai mengenainya.

Mempersoalkan kelewatan dalam siasatan itu, Liew berkata, dalam kes RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib itu, tidak ada soal siasat dibuat walaupun selepas berbulan pendedahan dibuat, yang turut diperkatakan di peringkat global.

"Kenapa tunggu sehingga Disember untuk memanggil Najib, apabila setiap hari nilai ringgit menjunam dan kredibiliti Malaysia di peringkat antarabangsa makin teruk?" soalnya.

Beliau berkata, dalam mana-mana siasatan jenayah, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menyoal pihak yang terlibat.

"Untuk menyelesaikan kes pembunuhan, polis akan tumpu kepada saksi atau saspek utama bagi membantu siasatan, begitu juga dalam kes yang melibatkan pecah amanah, SPRM akan bertindak berdasarkan maklumat atau tip-off dan memanggil pihak yang berkaitan untuk disoal siasat,"
katanya.

Membuktikan keseriusan kes itu, Liew berkata negara lain yang termasuk Switzerland, Hong Kong, Singapura, Amerika Syarikat dan United Kingdom sudah memulakan siasatan terhadap perkara itu.

"Bagaimanapun, siasatan Malaysia nampaknya mengambil masanya sendiri tanpa rasa terdesak untuk memanggil salah seorang tokoh utama dalam skandal itu untuk memberi penjelasan.

"Jika peguam negara benar-benar mahu mengambil berat mengenai kebimbangan orang ramai, siasatan terhadap penglibatan Najib mesti diutamakan tanpa ditangguhkan lagi," katanya.

Liew berkata, siasatan SPRM sepatutnya siap pada Julai sebelum bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dipecat kerana beliau memainkan peranan penting dalam mengarahkan siasatan oleh pasukan petugas khas sebelum ini.

"Jika Apandi mempunyai akses kepada maklumat yang sama dengan Gani, dan jika Gani kononnya menemui bukti mencukupi untuk mendakwa Najib, mengapa Apandi tidak sekurang-kurangnya dengan segera memanggil Najib untuk disoal siasat?"

"Semakin lama ia ditangguhkan, semakin banyak masa pihak yang terlibat dapat untuk menutup jejak mereka," katanya.
Kedua, Liew berkata, Apandi juga perlu menjelaskan apa terjadi dengan pasukan petugas khas yang ditubuhkan pada 7 Julai yang terdiri daripada Pejabat Peguam Negara, polis, Bank Negara dan SPRM untuk menyiasat pelbagai skandal yang melibatkan Najib.

"Pada 5 Ogos, tidak sampai sebulan selepas pasukan petugas itu pertama kali diumumkan, SPRM mengeluarkan kenyataan mengatakan ia dibubarkan atas nasihat Apandi.

"Yang pelikya, pada minggu yang sama, 6 anggota pasukan petugas itu daripada SPRM dipanggil untuk disoal siasat Bukit Aman. Semuanya senyap selepas itu dan tidak ada lagi mesyuarat diadakan."

Bagaimanapun, beliau berkata, selepas Majlis Raja-Raja menggesa siasatan ke atas 1MDB dipercepatkan dan pesalah dihukum, Apandi tiba-tiba menjelaskan mengenai kedudukan pasukan petugas itu.

"Pada 8 Oktober, Jabatan Peguam Negara menyatakan pasukan petugas khas itu tidak pernah dibubarkan atau dibubarkan."

Katanya, pembubaran itu juga dinafikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri dalam satu jawapan bertulis kepada ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian pada 22 Oktober.

"Jika pasukan itu tidak pernah dibubarkan, mengapa Apandi dan Jabatan Peguam Negara berdiam diri apabila SPRM mengumumkan tentang pembubarannya pada Ogos?


"Apakah pasukan petugas khas itu masih berfungsi sekarang? Jika ya, apakah penemuan terbarunya?" soalnya.

SPRM sebelum ini dilaporkan berkata, ia akan menyoal Najib berhubung sumbangan itu yang menurut suruhanjaya itu datangnya dari seorang penderma Timur Tengah.

Tetapi sehingga bulan lepas, kerajaan masih belum mengumumkan bila perdana menteri akan disoal, manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berkata, SPRM akan memanggil Najib "apabila tiba masanya".

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .