» » Gesa PAC panggil segera Gani Patail dan peguam negara dalam siasatan skandal 1MDB dan RM2.6 bilion Najib Razak


Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin perlu menyiasat wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan memanggil bekas dan peguam negara sekarang, kata ketua parlimen DAP Lim Kit Siang.

Lim berkata, PAC patut memanggil bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memberi keterangan kepada panel, tentang syarikat milik Kementerian Kewangan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) atas dakwaan salah laku kewangan.

Gani juga perlu ditanya apakah benar adanya draf kertas pertuduhan rasuah terhadap Najib berkaitan dengan 1MDB, dan adalah ia menjadi sebab penyingkiran beliau sebelum bersara, kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Pengganti Gani, peguam negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali, juga perlu dipanggil sebagai saksi untuk mengetahui sama ada beliau dipanggil ekoran perubahan mendadak dalam siasatan kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun Najib.

Dakwaan draf kertas pertuduhan terhadap Najib dilaporkan Sarawak Report dan Malaysiakini, yang berkaitan dengan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International, yang kini dimiliki Kementerian Kewangan.

Apandi bagaimanapun kemudiannya menafikan kewujudan draf kertas dakwaan itu.

Lim berkata, Apandi juga perlu diminta untuk menjelaskan mengapa beliau menolak cadangan Bank Negara Malaysia untuk mendakwa 1MDB kerana melanggar undang-undang kewangan.

"Adakah Gani akan bersetuju dengan cadangan Bank Negara untuk mendakwa 1MDB jika dia masih Peguam Negara dan berbeza dengan Apandi Ali?" Ahli Parlimen Gelang Patah berkata.

PAC juga perlu mendedahkan identiti penderma sebanyak RM2.6 bilion untuk Najib, dan juga apa dana yang dibelanjakan.

Walaupun Najib menafikan mengambil wang dari 1MDB untuk kepentingan peribadi, beliau tidak menjelaskan dari manakah sumber dan untuk apakah wang itu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kemudiannya berkata, wang itu adalah daripada seorang penderma Timur Tengah.

The Wall Street Journal, bagaimanapun, ketika mendedahkan berita ini Julai lalu melaporkan, wang memasuki akaun 1MDB sebelum memasuki akaun peribadi Najib.

Sebahagian besar daripada dana - AS$ 681,000,000 (RM 2.6 bilion) - dipindahkan ke akaun Najib menjelang pilihan raya umum pada Mei 2013, yang membawa kepada dakwaan korupsi dalam pilihan raya.

Ekoran itu PKR memfailkan saman terhadap Najib kerana melanggar undang-undang pilihan raya.

Kata Lim, semua pemimpin parti gabungan Barisan Nasional juga perlu memberi keterangan kepada PAC sama ada mereka menerima dana daripada wang RM2.6 bilion untuk kempen pilihan raya 2013 dan berapakah jumlahnya.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .