» » Bank Negara Malaysia SAHKAN wang RM7.5 billion 1MDB yang tidak dibawa balik ke Malaysia kerana telah habis digunakan di luar negara


Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan kenyataan 1MDB bahawa syarikat itu tidak dapat membawa pulang AS$1.83 bilion ( RM7.5 billion) kerana wang itu telah digunakan, kata Gabenor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Zeti berkata 1MDB secara terbuka berkata dana untuk penebusan pelaburan telah digunakan dan diperuntukkan untuk kerja-kerja aset bagi rancangan rasionalisasi syarikat.

“BNM sedang mengesahkan perkara ini sekarang dan akan mengambil kira sebarang komitmen 1MDB bawah rancangan rasionalisasinya, yang akan boleh mengurangkan beban hutang,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata tidak dapat menjelaskan bagaimana proses pengesahan itu akan dibuat.

Bank pusat itu sebelum ini menarik balik tiga kebenaran kepada 1MDB bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 untuk pelaburan luar bernilai AS$1.83 bilion.

BNM juga mengarahkan 1MDB untuk membawa pulang dana AS$1.83 itu ke Malaysia, menurut akta perkhidmatan kewangan 2013.

Bagaimanapun, kata 1MDB, wang itu sama ada dibelanjakan atau diperuntukkan untuk pemindahan hutang, yang menghantar isyarat ia tidak dapat dibawa pulang.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .