Terus mengasak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tun Dr Mahathir Mohamad menggelar lelaki yang pernah direstuinya sebagai orang nombor satu negara, sebagai pemimpin paling curang (corrupt) di negara ini.
Dalam wawancara dengan Guardian, Mahathir memberi gambaran Najib akan mempertahankan jawatannya dengan apa cara sekali pun.
“Kita ada lima perdana menteri – kita tidak pernah dikecam kerana rasuah seperti yang ini dan semua orang kata begitu.
"[Najib] kawal media arus perdana. Mereka tidak berani kata apa-apa, seperti tapis diri sendiri dengan sukarela,” katanya.
“Mereka mungkin dipindahkan, mungkin dipecat, akhbar mereka mungkin berhenti beroperasi.
Ada banyak benda beliau boleh buat.
“Dia boleh panggil editor untuk soal jawab, yang selalu tak menyenangkan, jadi semua pihak cuba hindar perkara itu,” tambahnya.
sumber
No comments: