Program realiti berbentuk keagamaan yang disiarkan di televisyen dikatakan tidak mempunyai mesej dakwah yang sebenar.
Perkara itu dinyatakan oleh pendakwah bebas, Profesor Dr Ridhuan Tee Abdullah apabila menyifatkan penganjur program seperti itu dilihat lebih mengutamakan kebolehan melawak dan menyanyi berbanding ilmu yang dimiliki oleh peserta.
Penganjur dilihat lebih mengutamakan peserta yang memiliki kebolehan melawak dan menyanyi berbanding ilmu agama.
“Apa matlamat program realiti TV terutama yang berbentuk keagamaan? Mencungkil bakat baharu? Mewarnakan dunia dakwah? Mencari glamor? Atau mahu mencari keuntungan lumayan?
Ini yang menjadi kebimbangan.
“Perlu diingat, asas program realiti adalah ilmu dan dakwah. Kebolehan dan kepintaran menyampaikan sesuatu dengan baik, itulah kehebatannya,” tulisnya pada ruangan Buka Minda yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian pada Isnin.
Jelasnya, peserta yang bakal menyertai program keagamaan perlu mempelajari tiga konsep dalam ilmu pengucapan awam iaitu ethos, pathos, dan logos yang telah dipelopori oleh Socrates bagi memantapkan lagi dunia dakwah sebenar.
“Amat malang sekali mendengar ceramah, tiba-tiba, belum apa-apa penceramah sudah menangis, seolah-olah dibuat. Sedangkan tangisan itu perlu datang dari hati, barulah kita boleh mempengaruhi penonton,” katanya.
Ridhuan Tee atau nama asalnya Tee Chuan Seng turut mengkritik para juri yang terdiri daripada artis yang didakwa belagak seperti malaikat apabila membuat teguran.
Katanya, mereka hanya pandai belakon baik di hadapan kaca televisyen namun, di luar tidak semenggah apa yang disiarkan.
“Apakah Islam ini seperti cerita filem, adakalanya berlakon baik, adakalanya jahat. Masuk masjid jadi mujahid, keluar masjid menjadi mujahat. Adakah ini bentuk Islam yang ingin ditonjolkan?
Tidakkah Islam itu way of life?,” katanya.

No comments: