» » Mana yang lebih baik antara Poligami dan Monogami ?


Soalan yang sentiasa menjadi isu panas ialah manakah yang lebih baik: poligami atau monogami?

Sebenarnya, selama beribu tahun, soalan ini tidak menimbulkan masalah besar pun. 

Dalam Bible telah pun disebut bahawa Nabi Sulaiman mempunyai 700 isteri!

Di China sebelum dinasti dijatuhkan, 

Konfucius mengajar bagaimana seorang lelaki mentadbir keluarga yang biasanya terdiri daripada orang isteri. 

Ilmu ini penting kerana ia adalah sebahagian daripada silibus daxue iaitu pendidikan membina perkembangan individu.

Di China sekarang, walaupun poligami diharamkan, tetapi tiada apa-apa larangan untuk suami mengambil ramai perempuan simpanan.

Lijia Zhang telah menulis di surat khabar The Guardian pada 22 Oktober 2011 mengenani budaya poligami di China. 

Kalau seorang suami ditangkap pada 80-an kerana mempunyai skandal dengan wanita lain, dia akan dihukum buat kerja buruh dan wanita tersebut akan dimalukan. 

Tetapi sekarang, mempunyai perempuan simpanan telah menjadi budaya perdana, perkara biasa sebanyak ‘bulu lembu’!

Arab Jahiliyah tidak mempunyai had kuota poligami. 

Kahwinlah berapa orang yang disukai. 

Islam memilih jalan progresif. 

Islam tidak setuju dengan poligami tanpa batas dan juga tidak setuju dengan pendapat ekstrem feminisme yang anti-poligami secara mutlak.

Kita lihat pendapat ekstrem feminisme ini terdapat kontradiksi. 

Ia gagal mengambil kira realiti sosial dan kemanusiaan. 

Ia tidak pula berusaha mengharamkan zina. 

Hasilnya poligami diharamkan secara mutlak dan wanita simpanan diamalkan secara berleluasa di Barat dan China.

Bagi mereka yang mengatakan Barat feminis liberal adalah anti-poligami secara mutlak pun salah! 

Bagi penganut agama Kristian yang bermazhab Mormon di Utah di Amerika, wanita Barat pun membela poligami!

Maka, diterbitkan satu rancangan yang bernama Sister Wives yang pernah mendapat rating yang paling tinggi dan popular. 

Ia adalah rancangan realiti yang berkisar tentang keluarga yang berpoligami di Utah , Amerika. 

Tujuan rancangan ini ialah untuk melawan segala prejudis terhadap poligami.

Sebagai seorang Muslim, kita rasa kagum bagaimana isteri-isteri seorang lelaki Kristian membela poligami dan mengkritik kontradiksi feminis yang prejudis terhadap poligami. 

Yang buat saya terkejut ialah wanita-wanita yang menyokong poligami ini juga mengaku bahawa mereka adalah feminis dan liberal juga!

Apakah perlu feminisme dan liberalisme ditakrifkan oleh satu pihak sahaja yang mempunyai prejudis-prejudis sendiri?

Yang lagi buat saya terkejut ialah di Malaysia, terdapat ustazah-ustazah yang sudah mendapat ijazah pengajian Islam pun memperlihatkan sikap yang begitu anti-poligami. ‘Ceraikan saya dulu, kalau kau nak kahwin lagi!’ ‘

Saya tidak anti-poligami tapi saya tak benarkan suami saya kahwin lagi!’

Inilah kata-kata seorang ustazah yang akan mencari sejuta alasan, helah dan kata-kata yang berputar-belit untuk membuktikan poligami itu jahat secara langsung atau tidak langsung!

Pada masa sama, ustazah ini berceramah mengenai janji syurga bila isteri taat pada suami, hal kesabaran, pengorbanan, dan keimanan.

Kadang-kadang saya terfikir siapa yang lebih beriman: ustazah yang begitu anti-poligami atau wanita-wanita ‘kafir’ yang beragama Kristian yang berusaha taat pada agama mereka dan berusaha menyelesaikan masalah sosial melalui poligami?

Islam adalah bersifat progresif. Ia faham ada keperluan sosial dalam poligami tetapi pada masa yang sama, Islam sebenarnya juga mengharamkan poligami khususnya jika memang terbukti suami adalah seorang yang tidak mampu berlaku adil.

Islam bersifat progresif kerana ia tidak mengharamkan poligami secara mutlak mahupun menghalalkannya sesuka hati.

Islam meletakkan syarat-syarat keadilan dan kemampuan dan mengehadkan jumlah isteri kepada empat agar poligami memberi lebih manfaat sosial daripada mudarat.

Mana yang lebih baik: Poligami atau monogami? 

Adalah usaha yang tepat dan berani bagi golongan asatizah di K-Fiqh untuk menganjurkan Seminar Fiqh Poligami secara besar-besaran pada 19 Disember 2015.

Lihatlah apa hasilnya negara-negara yang anti-poligami seperti China dan Amerika. Lihatlah pada realiti kemanusiaan kalau anda benar-benar liberal dan membela hak asasi manusia atau anda benar-benar seorang yang berani menggelar diri sebagai ‘Muslimah Solehah’.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .