» » Kualiti udara tak sihat di 8 negeri pada pagi 24 Oktober 2015


Lapan negeri terus mencatat kualiti udara tidak sihat pagi ini, menurut Jabatan Alam Sekitar, dengan Pasir Gudang di Johor merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi pada 154 pada 8 pagi ini.

Kawasan lain dengan kualiti udara tidak sihat ialah Pelabuhan Klang (139), Shah Alam (135), Kuala Selangor (127), Putrajaya (122), Bukit Rambai, Melaka (122), Seremban (120), Tanjung Malim, Perak (115), Kangar, Perlis (111) dan Seberang Jaya 2, Perai di Pulau Pinang (112).

Pahang dan Terengganu menunjukkan peningkatan sedikit dari semalam, dengan bacaan IPU di bawah 100 di Kemaman (81), Kuala Terengganu (89) dan Jerantut (85).

Kebanyakan tempat di Kelantan masih mempunyai bacaan yang tidak sihat kecuali Tanah Merah (95).

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan malam tadi berkata, ketibaan angin monsun dari timur laut pada awal November dijangka meningkatkan kualiti udara di seluruh Malaysia kerana jerebu akan ditiup ke arah selatan dan jauh dari negara ini.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .