Rumah Mampu Milik (Affordable Homes)
Hak memiliki rumah merupakan has asasi pengguna. Bagaimanapun, harga rumah di Malaysia terlalu tinggi hinggakan tidak mampu dibeli pengguna khususnya.
Cadangan untuk rumah dijual 20% di bawah harga pasaran, mungkin masih tinggi berbanding dengan pendapatan rakyat yang masih rendah. Dalam menetapkan harga rumah, pendapatan pengguna harus diambil kira.
Ini lebih-lebih lagi untuk keluarga muda yang ingin membeli rumah pertamanya. Peruntukan untuk pembinaan rumah PR1MA dan agensi-agensi kerajaan harus dikendalikan secara tulus.
Oleh kerana permintaan untuk rumah mampu milik begitu tertinggi, selain daripada pembinaan rumah PR1MA, rumah pembinaan swasta juga harus dikawal untuk memastikan rakyat mampu beli. Ini khususnya di Selangor, Pulau Pinang dan Johor.
Kerajaan harus meningkatkan usaha untuk menghapuskan sebarang aktiviti spekulasi untuk memastikan pembeli rumah pertama diberikan keutamaan.
Fomca menyokong Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama untuk membantu pembeli rumah pertama memiliki rumah. Fomca juga mendesak kerajaan untuk melaksanaan program “Build then Sell” untuk melindungi pengguna daripada pemaju yang tidak bertanggungjawab.
Pengangkutan awam
Walaupun peruntukan besar diperuntukkan untuk LRT and MRT, sistem asas pengangkutan awam, iaitu bas, masih ketinggalan. Pengguna terpaksa menggunakkan kereta kerana sistem bas “the last mile" masih tidak boleh dipercayai.
Maka dengan sistem bas yang lemah, pengangkutan awam di Malaysia masih belum berdaya maju.
Kesihatan
Fomca menyokong sepenuhnya usaha kerajaan mengecualikan GST ke atas semua jenis ubat terkawal serta tambahan sebanyak 95 jenis ubat penjualan di kaunter.
Walaupun pembinaan hospital ditambah, hospital kerajaan masih kekurangan doktor pakar dan hal ini mengakibatkan pesakit terpaksa menunggu lebih lama untuk berjumpa pakar dan mendapatkan rawatan.
Maka kerajaan harus mengambil langkah untuk menambah doktor pakar dan mengekalkan pakar di hospital kerajaan dan seterusnya meningkatkan kualiti perkhidmatan di hospital kerajaan.
Sektor air
Fomca amat mengalu-alukan usaha kerajaan dalam meningkatkan saluran bekalan air yang berterusan di luar bandar dengan peruntukan RM568 juta bagi Projek Bekalan Air Luar Bandar.
Namun begitu, Fomca kesal kerana tiada peruntukan bagi meningkatkan infrastruktur bekalan air bagi mengelakkan gangguan bekalan air atau catuan air semasa berlaku kemarau.
Selain itu, peratusan air tidak terhasil (non revenue water) masih tinggi di negara kita iaitu kira-kira 36%. Angka ini adalah masih jauh untuk mencapai 25% dalam tempoh 4 tahun menjelang Wawasan 2020.
Fomca berharap kerajaan dapat menekan kepentingan bagi meningkatkan pretasi dan infrastruktur sistem bekalan air pada masa hadapan.
Penukaran sistem perpaipan yang lama adalah sangat diperlukan dengan kadar segera untuk menjamin rakyat mendapat kesinambungan, bersih dan selamat bekalan air.
Di samping itu, pembentangan bajet ini tidak menjelaskan status Blueprint Air Negara yang diperuntukkan pada tahun lepas. Fomca berharap suatu kertas strategik yang relevan dapat dibekalkan kepada para operator air dan pengguna agar krisis air dapat diatasi pada masa akan datang.
Perkhidmatan pembetungan
Perkhidmatan pembetungan merupakan salah satu keperluan asas yang penting dan kelemahan sistem pembetungan juga dipercayai menyebabkan pencemaran sumber air. Namun masih tiada sebarang peruntukan bagi sektor pembetungan seperti tahun lepas.
Selain itu, kempen kesedaran untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mengosongkan tangki septik di rumah dan membayar bil pembetungan adalah sangat diperlukan.
Penambahbaikan loji pembetungan yang masih menggunakan system lama perlu dipertingkatkan demi kesejahteraan hidup.
Pengendalian bencana alam
Fomca menyokong kerajaan memberikan perhatian dalam pengurusan bencana alam selepas berlakunya banjir besar di pantai timur negara kita.
Penubuhan Agensi Pengurusan Bencana Negara di bawah JPM adalah diperlukan dengan kadar segera. Agensi yang baru ini dicadangkan untuk dijadikan agensi utama untuk mengurus hal-hal bencana alam termasuk menyediakan pendidikan awal kepada penduduk di kawasan yang berisiko tinggi dan perancangan kerja pemulihan dengan pihak kepentingan yang lain.
Projek Rancangan Tebatan Banjir dan Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara serta Sub-Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional di Sabah adalah usaha yang baik dan amat dialu-alukan.
Fomca berharap projek ini dapat melibatkan semua pihak yang berkepentingan termasuk rakyat dalam penyampaian maklumat secara tepat dan cepat serta berguna semasa bencana alam.
Kerajaan perlu menumpukan perhatian dalam melahirkan rakyat yang berdaya tahan terhadap bencana alam yang berpunca daripada perubahan iklim yang semakin ketara.
Telekomunikasi
Bagi merealisasikan misi untuk menjadi negara yang maju pada 2020, menambah baik infrastruktur Internet di semua peringkat (termasuk kepada mereka yang tinggal di kawasan bandar) perlu diberi keutamaan.
Langkah itu penting termasuk usaha menjadikan akses kepada internet pada harga yang lebih murah.
Namun, harga untuk kelajuan mbps tidak dihuraikan dengan lebih lanjut.
Jaringan/rangkaian telefon dan kelajuan Internet tidak memuaskan. Harga yang dibayar pengguna bagi penggunaan telefon dan Internet tidak mencerminkan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat telekomunikasi dan jalur lebar.
Penjimatan tenaga
Pendidikan berterusan untuk memupuk penggunaan lestari di kalangan rakyat Malaysia penting, terutamanya dalam tenaga dan pemuliharaan air. Ia perlu menjadi agenda negara, di mana rancangan, projek dan aktiviti perlu menyokong dengan sokongan yang kuat daripada kerajaan, setiap tahun.
Pendidikan akan membantu mewujudkan lebih banyak penjimatan yang mementingkan rakyat Malaysia, yang bukan sahaja membantu agenda negara dalam memulihara alam sekitar tetapi juga meringankan perbelanjaan pengguna terhadap keperluan asas.
Sektor pendidikan
Pada zaman ini, pendidikan merupakan salah satu aspek yang penting kepada setiap indvidu dan semestinya tidak harus diendahkan. Ini harus selaras dengan matlamat utama Malaysia iaitu untuk mencapai status negara maju menjelang 2020, oleh itu seperti yang dinyatakan di atas, sektor pendidikan haruslah diberikan lebih tumpuan.
Caj/fi yang dikenakan institusi pendidikan tinggi tidak diambil kira, iaitu mengurangkan fi bagi IPTS dan IPTA pendidikan swasta hendaklah dikenakan harga yang berpatutan
Pendidikan kewangan
Walaupun terdapat pelbagai program yang dirangka untuk golongan belia dan pekerja muda dari aspek kepimpinan, latihan dan keusahawanan, namun Fomca berpendapat, satu aspek kemahiran utama diabaikan, iaitu pendidikan kewangan.
Disebabkan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa ini, manakala pendapatan tidak banyak berubah seiring dengan kenaikan kos sara hidup, maka ramai pekerja muda yang menghadapi masalah kewangan yang serius.
Pendidikan kewangan adalah kemahiran hidup yang kritikal. Kerajaan perlu memberikan keutamaan kepada pendidikan kewangan serta memberikan peruntukan kewangan yang secukupnya untuk mengadakan sesi pendidikan kewangan kepada mereka.
Kerajaan perlu mewujudkan kerjasama dengan pelbagai pihak untuk mendidik pekerja muda ke arah menjadi pekerja yang mempunyai kedudukan kewangan yang mantap dan stabil.
Mereka juga harus menguruskan kewangan untuk masa hadapan mereka, seperti pendidikan anak dan persaraan.
No comments: