» » Kerajaan sangkal dakwaan Bajet 2016 ialah belanjawan Robin Hood


Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah hari ini mempertahankan Bajet 2016 daripada dakwaan ia "bajet Robin Hood" yang mengenakan cukai ke atas mereka yang kaya bagi membantu orang ramai. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan cadangan bajet semalam berkata, kadar cukai pendapatan bagi yang berpendapatan lebih daripada RM600,000 setahun akan ditingkatkan.

"Ia bukan bajet Robin Hood. Jumlah yang kita akan kutip (dari cukai pendapatan) ialah sekitar RM400 juta lebih. Kita bukannya mengenakan cukai berbilion (ringgit).

"Oleh itu, ia satu bajet yang sederhana," kata Irwan kepada pemberita selepas Dialog Pasca Bajet 2016 anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia di Pullman Bangsar hari ini.

Bajet itu mencadangkan banjaran pendapatan bercukai bagi kadar cukai tertinggi ditingkatkan daripada 25% kepada 26% bagi mereka yang berpendapatan antara RM600,000 dan RM1 juta.

Bagi mereka yang berpendapatan melebihi RM1 juta, kadar cukai akan dinaikkan daripada 25% kepada 28%.

Mewajarkan kenaikan itu, Irwan berkata, cukai pendapatan di Malaysia masih rendah berbanding negara lain di mana kadar cukai mereka ialah dalam lingkungan 40% hingga 60%.

"Kita bukannya mengenakan cukai yang begitu banyak. Cuma lebih kurang 28% sahaja. Jadi, saya tak anggap ia begitu (bajet Robin Hood).

"Banyak yang diberi kepada golongan kaya, terutamanya dari segi kewangan, contohnya tabung perusahaan kecil dan sederhana, tabung IBS (intelligent building system) dan sebagainya,” he said.

Irwan berkata, jika harga minyak dunia meningkat kepada AS$100 setong, Putrajaya akan mempertimbangkan mengurangkan kadar cukai pendapatan.

"Kami sedang memikirkan untuk mengurangkan cukai pendapatan, termasuk bagi golongan berpendapatan sederhana dan tinggi.

"Tetapi kerana situasi (harga minyak mentah yang tidak menentu), kita tiada pilihan selain perlu mencapai sasaran defisit belanjawan 3.1% dengan melaksanakan beberapa langkah berhemah," katanya.

Tahun depan, Putrajaya menjangkakan untuk mengurangkan defisit bajet kepada 3.2% daripada 3.5% tahun 2015.

Bajet 2016 dirangka ketika harga minyak mentah Brent AS$48 setong, manakala bajet tahun lepas dirumuskan berdasarkan andaian harga minyak mentah pada AS$100 setong.

The harga minyak mentah Brent jatuh kira-kira 50% daripada paras tertinggi AS$115 setong pada 19 Jun, 2014. Pada masa ini, ia didagangkan antara AS$40 dan AS$50 setong.

Memandangkan harga minyak mentah yang tidak menentu, penganalisis menjangkakan sumbangan pendapatan minyak kepada tabung kerajaan akan jatuh dari 29.7% pada 2014 kepada 19.7% pada 2015 dan 14.1% pada 2016.




About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .