» » BSKL juga pandang sepi pada Bajet 2016 yang dibentangkan Najib Razak


Pada Jumaat 23 Oktober, hari Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri,  Najib Razak membentangkan Belanjawan 2016, Bursa Malaysia naik 0.34 peratus.

Waktu pasaran tutup, butir-butir belanjawan belum diumumkan tapi pasaran naik sebab pelabur mengharapkan sesuatu yang positif daripada Belanjawan.

Pasaran saham adalah penanda aras atau kayu ukur terawal samaada pelabur yakin atau tidak dengan butir-butir serta janji-janji Belanjawan.
Nampaknya tidak. 

Apabila Bursa Malaysia diniagakan buat hari pertama selepas Belanjawan pada hari Isnin, 26 Oktober ia jatuh 0.24%.

Pasaran terus jatuh walaupun pada 14 September lalu , Najib memperuntukkan RM20 bilion kepada tabung permodalan ValueCap untuk membeli saham di Bursa Malaysia.

Dalam bahasa yang mudah, pelabur swasta di Bursa Malaysia tidak mendapati apa-apa yang menarik dan meyakinkan dalam Belanjawan 2016 untuk membeli saham tambahan.

Ini tidaklah memeranjatkan kerana pasaran saham Malaysia jatuh merudum sejak lebih setahun kerana pelabur tempatan dan asing hilang keyakinan.

Antara 31 Disember tahun lepas dengan 17 Oktober lalu, Bursa Malaysia merudum 20.5 peratus dalam mata wang dolar Amerika dan 4.1 peratus dalam ringgit.

Saya tahu, beberapa kerat anggota kabinet yang berakal macam Datuk Seri Abdul Wahid Omar, tahu betapa goyahnya kedudukan politik, ekonomi dan kewangan negara kita sejak meletusnya skandal 1MDB dan SRC International.

Malangnya mereka ini tidak berani bersuara dan bertindak kerana sudah diikat dan dikunci.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .