» » Bajet 2016 ialah bajet duit rakyat Malaysia melayang


"Mensejahterakan kehidupan rakyat" merupakan tema Belanjawan 2016
kesemuaannya dilapis dengan gula-gula secara terus terang

Apabila pengucapan bajet perdana menteri Datuk Seri Najib Razak habis dibentang
pembangkang membantah menghulurkan sepanduk "di mana RM2.6 billion" itu hilang?

Timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui bajet digunakan supaya pilihan raya Sarawak dapat dimenang
PM begitu bermurah hati meningkatkan BR1M 2015 sebanyak 50 ringgit seorang

Apa yang ditambahkan itu semuanya sudah ditengelam
dibakar dalam enjin kereta dengan begitu senang

Lampu-lampu hiasan di Sri Perdana terus menyala terang
rakyat miskin terpaksa mengikat perut selama setahun dengan tambahan RM50 seorang

Jet peribadi pemimpin terbang seperti biasa walaupun negara kekurangan wang
banyak wang perlu digunakkan untuk serviskannya supaya tidak menjunam bila terbang

Kesihatan rakyat merosot dari udara yang dicemari jerebu yang berulang-ulang
kesihatan rakyat digadai kerana pemimpin kita sebagai pengerusi Asean berdiam

Perdana menteri sepatutnya jualkan sahaja dua kapal selam
untuk membeli banyak helikopter pengebom air supaya api kebakaran dapat dipadam

Yang kaya dengan miskin jauhnya jurang
rakyat yang miskin terpaksa ke jalan raya berdemo teriak melantang

Belanjaan yang ditingkatkan itu terpaksa dipinjam jika harga petroleum menjunam
keadaan kewangan negara kita turut terkekang

Gabungan Pakatan Rakyat pun tertengelam
PAS dan DAP masih tidak berhenti serang-menyerang

Bilakah kita dapat lihat kekukuhan gabungan pembangkang?
supaya dapat mengambil alih Putrajaya dengan senang

Nasib negara bagai jerebu di waktu siang
kitalah yang memilih wakil rakyat yang kuat temberang

Mengapalah kita senang ditipu berulang-ulang?
satu hari nanti kita mungkin akan faham

Senarai nama rakyat yang bermuflis begitu panjang
pemimpin mengunakan wang rakyat dengan begitu senang

Rakyat akan menderita nanti dengan pembayaran faedah hutang
senang meminjam sekarang nanti keadaan negara terkekang



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .