» » Bajet 2016 untuk "tutup mata" kepada skandal Najib Razak gagal selesaikan masalah sebenar rakyat Malaysia


Belanjawan 2016 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak banyak berkisar kepada polisi lama walaupun kutipan GST dijangka sebanyak RM39 billion.

Kerajaan seperti dijangkan mengekalkan pemberian BR1M dengan kenaikan RM50.

BR1M sering dikaitkan dengan sogokan politik kerana pemberian wang secara terus, namun ia tidak menyelesaikan masalah jangka panjang dan kehidupan seharian rakyat kerana tiada pakej berkesan bagi mengurangkan kos sara hidup.

Dengan kutipan GST sebanyak RM39 billion, kerajaan seharusnya meningkatkan jumlah subsidi bahan api yang mana akan menurunkan harga komoditi tersebut, dan akhirnya dapat mengurangkan harga barang.

Tiada juga pengumuman penurunan tarif elektrik yang juga faktor utama kenaikan harga barang.

Kerajaan hanya membelanjakan RM5.9 billion untuk BR1M. RM1000 hanya diberikan sekali setahun dan bukannya bantuan bulanan. 

Jumlah tersebut hanya memberikan tambahan RM3 sehari kepada rakyat yang layak sedangkan kos sara hidup sekarang meningkat RM20 sehari.
Skim pembiayaan deposit rumah pertama juga tidak banyak membantu rakyat untuk memiliki rumah terutama anak muda kerana mereka perlu juga meminjam untuk membayar deposit rumah yang mahal. 

Kerajaan sepatutnya mengambil tindakan untuk menurunkan harga rumah memandangkan kelulusan harga rumah adalah daripada kerajaan dan bukannya pemaju. 

Jelas, kerajaan hanya membiarkan kelompok kapitalis seperti pemaju untuk terus mengaut keuntungan.

Bantuan Baucar Buku 1Malaysia sebanyak RM250 kepada pelajar IPT juga tidak banyak membantu memandangkan ia juga bantuan sekali setahun. 

Kerajaan seharusnya menawarkan bantuan baucar komputer riba bagi membolehkan setiap pelajar IPT memiliki komputer riba bagi meningkatkan mutu pendidikan.

Bayaran khas bonus RM500 kepada pegawai kerajaan juga tidak banyak membantu pegawai kerajaan yang banyak berbakti kepada negara, apatah lagi dalam persediaan persekolahan anak-anak. 

Seharusnya, mereka diberikan bonus sebulan gaji jika benar gaji mereka dibayar daripada kutipan GST. 

Hasil GST hendaklah dikembalikan kepada rakyat kerana ia dikutip daripada rakyat.

Belanjawan kali ini banyak tertumpu kepada negeri Sarawak berbanding negeri lain, tidak lain tidak bukan bagi menyogok pengundi pilihanraya negeri yang semakin hampir. 

Rakyat Sarawak bukan sahaja perlu dibantu untuk tempoh jangka pendek, tetapi hendaklah diatur untuk jangka panjang dengan memantapkan ekonomi penduduk luar bandar terutama peluang pekerjaan anak muda negeri tersebut.

Yang jelas ekonomi rakyat Kelantan terus terpinggir. 

Tiada tanda-tanda royalti minyak akan dibayar kepada kerajaan negeri. 

Rakyat Kelantan bukan sahaja perlu membayar GST, tetapi hak sumber asli milik mereka dirompak. 

Pemberian royalti minyak jika diberikan pasti banyak memangkin ekonomi dan pembangunan negeri.

Walaupun kutipan GST begitu tinggi hasil daripada keringat rakyat, namun ia tidak dikembalikan sepenuhnya kepada rakyat. 

Janji kerajaan GST adalah untuk rakyat adalah janji palsu. 

Jika begini, tiada gunanya GST dilaksanakan dan hendaklah dibatalkan.

Peruntukan RM10 billion untuk pembinaan LRT3 walaupun untuk kemudahan rakyat dibimbangi melebihi kos yang sepatutnya dan ini pasti menguntungkan kantung kroni.

Selagi kerajaan
gagal menyelesaikan skandal kewangan terutama 1MDB, selagi itulah integriti dan transparensi kerajaan diragui. 

Jika ketirisan wang rakyat terus berlaku, rakyat akan terus derita walaupun pelbagai sogokan belanjawan diumumkan.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .