Ringgit terus dalam aliran menurun dan ditutup melebihi paras 4.34 berbanding dolar susulan satu lagi pusingan penjualan yang didorong oleh kebimbangan terhadap prospek pertumbuhan global.
Pada 5 petang, ringgit disebut harga 1.19% lebih rendah pada 4.3450/3480 berbanding dolar, daripada 4.2940/2980 semalam.
Ringgit merekodkan paras terendah harian pada 4.3500 berbanding dolar selepas dibuka 4.32 dalam dagangan awal.
Peniaga berkata bank asing terus menjual nota tempatan yang pada masa ini menerima tekanan daripada ketiadaan petunjuk domestik tatkala selera risiko global terjejas akibat kejatuhan harga minyak mentah, kebimbangan berterusan terhadap ekonomi China serta perbezaan dasar bank-bank pusat.
Ringgit juga kekal dalam aliran menyusut berbanding dolar Singapura untuk ditutup pada 3.0549/0575 daripada 3.0331/0364 pada Selasa dan jatuh berbanding yen kepada 3.6151/6185 daripada 3.5801/5850.
Unit tempatan terus merosot berbanding pound sterling kepada 6.6622/6690 daripada 6.6463/6550 dan lemah berbanding euro kepada 4.8299/8341 daripada 4.8080/8133 pada Selasa.
sumber
No comments: