» » UMNO Bahagian Kepong bersumpah pertahankan Najib Razak dan kecam Muhyiddin


Umno Bahagian Kepong hari ini bersumpah akan bermati-matian mempertahankan Presiden Datuk Seri Najib Razak supaya beliau dapat terus memimpin parti dan mengecam Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipecat daripada Kabinet, mengatakan beliau tidak setia.

Ketuanya Datuk Ridhuan Abdul Hamid berkata, Umno bahagian itu berikrar sedia untuk berperang dengan musuh yang menentang dan sanggup mati untuk bersama dengan Najib.

"Kami akan sentiasa berperang dengan musuh. Kalau hendak mati, kita mati bersama Najib. Itu ikrar.

"Mati dalam politik lebih baik dari mati katak atau mati dalam kemalangan," katanya semasa perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kepong di sebuah hotel di Kuala Lumpur pagi ini.

Ridhuan mengecam Muhyiddin yang turut disifatkannya tidak munasabah dan mempersoalkan tindakannya yang menjelajah ke bahagian Umno mengkritik Najib.

"Muhyiddin, bekas timbalan perdana menteri yang dipecat. Sudahlah dipecat, sering berkata tidak munasabah.

"Mereka ini makin dipecat makin garang, pergi ke merata bahagian dan persoalkan isu RM2.6 bilion," katanya merujuk sumbangan derma politik yang disalurkan terus ke dalam akaun peribadi Najib.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .