Ringgit jatuh ke rekod baru terendah dalam masa 17 tahun berbanding dolar AS dan melepasi paras 3.00 berbanding dolar Singapura hari ini di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global.
Pada 10.45 pagi, ringgit disebut harga pada 4.2578 berbanding dolar AS. Ia jatuh ke tahap paling rendah 4.2615 terdahulu pada pukul 9.45 pagi.
Pada paras semasa, ringgit melampaui tahap paling rendah sebelum ditambat pada 3.9340 sejak 31 Ogos, 1998. Mata wang itu mencecah titik terendah 4.7125 pada 9 Januari, 1998 berbanding dolar AS.
Sementara itu, ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada di bawah paras 3.000 untuk didagangkan di peringkat paling rendah dalam sejarah pada 3.0110 pukul 10.45 pagi ini.
Pada jam 11.30 pagi, ringgit juga susut 0.65% berbanding dolar Australia untuk disebut harga pada 3.0739, susut 4.12% berbanding euro untuk disebut harga pada 4.8946, dan berbanding Pound Great Britain pada 6.6835, turun 1,87%.
Kejatuhan ringgit terjadi selepas Bank Negara Malaysia mengumumkan rizab asingnya jatuh lagi kepada RM356.4 bilion (AS$94.5 bilion) pada 14 Ogos, 2015 daripada RM364.7 bilion (AS$96.7 bilion) pada 31 Julai, 2015.
sumber
No comments: