» » Polis soal bekas penasihat SPRM dan pegawai Pejabat Peguam Negara berhubung skandal 1MDB


Seorang pegawai dari Jabatan Peguam Negara, Jessica Sidhu dan seorang bekas penasihat agensi pencegah rasuah, Tan Sri Rashpal Singh, yang ditangkap pagi ini kini ditahan untuk disoalsiasat selama satu hari, berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kedua-dua mereka disiasat mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan, berkenaan aktiviti yang boleh menjejaskan demokrasi berparlimen.

Mereka ketika ini berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, di mana mereka dibawa selepas ditahan pagi ini.

Difahamkan mereka mungkin akan dibebaskan sebaik sahaja polis, yang mempunyai 24 jam untuk menahan mereka, selesai menyoal mereka, susulan permohonan reman mereka ditolak.

Peguam Rashpal, Ragunath Kesavan, pula enggan bercakap mengenai anak guamnya.

"Minta maaf, saya tidak dapat komen apa-apa mengenai ini. Terima kasih," katanya sambil bergegas menuju ke keretanya.

Laman web Malaysia Today melaporkan beberapa minggu yang lalu, Rashpal yang merupakan bekas ahli lembaga penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown di London.


SPRM menafikan dakwaan yang mengatakan kebocoran maklumat mengenai siasatan ke atas 1MDB dibuat orang dalam badan pencegah rasuah itu sendiri.

Dalam kenyataannya, pengarah komunikasi strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob berkata, bekas penasihat itu tidak mempunyai akses kepada siasatan berterusan agensi itu kerana tempoh perkhidmatan beliau sebagai ahli lembaga berakhir pada Februari.

Dia juga berkata ahli lembaga penasihat itu, yang berfungsi sebagai sebuah badan pengawasan bebas kepada SPRM, juga tidak tahu mengenai sebarang maklumat sulit siasatan.

Polis berkata, pihaknya akan menyiasat ahli pasukan petugas khas yang mengendalikan siasatan ke dalam 1MDB, selepas Jabatan Peguam Negara pada 8 Julai berkata kebocoran maklumat mengenai perkara itu merupakan satu "perbuatan jenayah membocorkan dokumen sulit kepada warganegara asing".

Mengenai siasatan ke dalam 1MDB sendiri, lima orang ditangkap hari ini untuk membantu siasatan dan dibebaskan selepas tamat tempoh perintah reman ke atas mereka.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .