Di tengah kesempitan hidup yang dialami, nelayan kecil di Terengganu kini makin dihimpit tekanan dari pukat tunda besar yang menceroboh perairan mereka serta cabaran rasuah dalam kartel tempatan yang menyebabkan mereka terpaksa bergantung kepada ihsan bot nelayan asing.
Tinjauan The Malaysian Insider ke sebuah perkampungan nelayan di Marang baru-baru ini mendapati, warga nelayan menghadapi masalah tiada pewaris dalam keluarga mereka memandangkan anak muda tidak berminat dengan pekerjaan tradisi yang susah serta pendapatannya yang kecil.
Sebuah bot gentian kaca ketika ini berharga RM1,500, tetapi hasil yang mereka bawa pulang sangat kecil.
Mereka juga berdepan saingan nelayan yang lebih berada, yang memiliki pukat tunda mereka sendiri dan mampu menangkap apa saja – sotong, ikan, udang dan ketam.
Nelayan kecil ini tidak mampu bersaing – yang dimiliki mereka hanya kemeriahan sesama rakan nelayan dan jala yang usang, yang tangkapannya tidak seberapa.
Nelayan kecil perlu berada dalam zon menangkap ikan yang ditetapkan, yang lebih dekat ke pantai, iaitu Zon A, yang bermula dari jarak 5km dari darat.
Manakala, Zon B dan C bermula kira-kira 3 hingga 5 batu nautika (kira-kira 9.26 km) dari darat, dan untuk menangkap ikan di sini, ia tertakluk kepada kuota. Zon ini merupakan wilayah pukat tunda dan bot yang lebih besar.
"Walaupun ada zon dan undang-undang, pukat tunda masih ceroboh masuk perairan yang sepatutnya untuk nelayan pinggir, tetapi apa boleh kami buat?" kata Mohd Zulkifli Mustafa, seorang ahli Lembaga Persatuan Nelayan Kawasan Marang.
Nelayan kecil ditetapkan zon menangkap ikan yang lebih dekat ke pantai, dipanggil Zon A, yang bermula dari jarak 5km dari darat. Pukat tunda itu dimiliki rakyat Malaysia, yang mengupah pekerja warga asing.
"Pekerja asing hormat kepada kami dan tidak akan berbuat sesuatu yang menyinggung perasaan kami, tetapi apa pukat tunda dari Kuantan ini buat di perairan kami, ambil ikan kami? Mereka ini tidak tahu malu."
Aduan yang dibuat kepada pihak berkuasa hanya sia-sia, kata Zulkifli.
"Bila ada orang yang bersimpati, pasti akan berlaku sama ada perubahan Kabinet atau perubahan dalam jabatan. Politik membunuh kami."
sumber
No comments: