» » Najib Razak sangat terdesak sampai hina orang Melayu bangsat sedangkan beliau lebih bangsat


Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggelar kaum Melayu “bangsat” jika Umno hilang kuasa menunjukkan pemimpin negara itu terdesak dan tidak yakin dengan bangsanya sendiri, kata Mohd Azmi Abdul Hamid.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) itu dilaporkan Sinar Harian berkata, tidak wajar bangsa yang berpegang kepada Islam, namun begitu pemimpinnya sanggup mencerca bangsa sendiri sebagai bangsa yang jahat dan hina kerana bimbang parti politik yang mewakilinya kehilangan kuasa.

"Pemimpin Melayu seharusnya insaf yang kehilangan kuasa adalah disebabkan bangsanya kehilangan keyakinan terhadap integriti pemimpinnya sendiri.

"Ini bermakna, pemimpinlah yang harus diperbetulkan terlebih dahulu sebelum melampiaskan kata-kata nista kepada bangsanya sendiri," kata Azmi dalam kenyataannya.

Katanya, mana-mana individu waras tidak dapat menerima gelaran itu terutamanya daripada pemimpin yang menyebabkan kaumnya berada dalam kesusahan.

"Akal sihat tidak dapat menerima kata-kata ini sebagai kata-kata yang benar apatah lagi kepimpinan parti itu sendiri yang menjadi punca polemik dan konflik menyebabkan kaumnya berhadapan dengan kemelut yang parah," katanya.

Azmi berkata, perkataan bangsat bermakna jahat, busuk, serta hina dan masalah itu berpunca daripada pemimpin, bukan bangsa Melayu semata-mata.

"Adakah Najib sebagai pemimpin Melayu benar-benar tidak dapat mencari istilah lebih tepat untuk menggambarkan betapa bangsa Melayu kini menjadi lemah akibat pemimpin-pemimpinnya hilang punca untuk meleraikan kemelut yang berpunca daripada pemimpin itu sendiri?

"Umno yang dikatakan satu-satunya bahtera membawa bangsa Melayu belayar dalam lautan yang bergelora ini dibayangkan akan karam.

"Jika begitu, apakah bangsa Melayu terlalu cetek pemikirannya untuk tidak mahu memilih bahtera yang lain?" soalnya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .