» » Melayu masih ‘bangsat’ di bawah UMNO


Datuk Ibrahim Ali tidak bersetuju orang Melayu akan menjadi bangsat jika Umno tidak lagi memerintah negara kerana sifat itu jelas kelihatan kepada orang Melayu sejak Umno memerintah negara.

Presiden Perkasa itu berkata, ia dapat dibuktikan dengan pegangan ekonomi orang Melayu yang masih lemah di ibu kota apabila gagal memiliki rumah mewah di Kuala Lumpur.

"Walaupun Umno dah memerintah sejak Merdeka, ada lagi Melayu yang bangsat. Faham tak?

"Pada saya sekarang ini pun orang Melayu dah bangsat sebab orang Melayu yang layaknya rumah murah, PPR, rumah mampu milik.

"Tak boleh duduk di Seri Kembangan, TTDI, Mount Kiara dan pakai baju harga RM20,000," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Perkasa di Kuala Lumpur petang ini.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .