» » Kenyataan jemput Muhyiddin rasmikan bahagian akan buatkan parti gaduh besar tidak masuk akal.


Dakwaan Datuk Azalina Othman Said menjemput Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan bahagian akan membuatkan parti gaduh besar sebagai tidak masuk akal.

Ketua UMNO Bahagian Kluang, Md. Jais Sarday berkata, sikap Azalina yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan menteri yang baharu dilantik itu tidak menggambarkan semangat sesama rakyat Johor.

"Jangan baru tiga hari jadi menteri dah kritik Timbalan Presiden UMNO (Tan Sri Muhyiddin Yassin)," ujarnya pada majlis perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Kluang di sini hari ini.

Muhyiddin merasmikan mesyuarat berkenaan.

Menurut Exco Pendidikan Negeri Johor itu, tindakannya mengekalkan jemputan kepada Muhyiddin walaupun selepas Muhyiddin digugurkan jawatan dalam Kabinet itu tidak menyalahi peraturan parti.

Lagi pun, menurut Md. Jais, ia selari dengan keputusan Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor yang diketuai Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sendiri.

"Ramai kawan-kawan tanya saya, YB tak takut ke jemput Muhyiddin rasmi mesyuarat? Saya kata, nak takut apa..dia (Muhyiddin) yang datang itu masih Timbalan Presiden UMNO," ujarnya sambil mendapat tepukan gemuruh daripada perwakilan.

Bagaimanapun, beliau menghormati tindakan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menggugurkan Muhyiddin kerana ia kuasa mutlak Najib.

Masalahnya, krisis yang berlaku itu sehingga menimbulkan sedikit kegusara ahli parti itu tidak ditangani baik oleh pimpinan atasan parti yang lain.

Sambil mengambil analogi, pergaduhan antara ibu dan bapa, ia bukan sahaja meresahkan anak-anak tetapi juga ayah mentua, besan dan jiran tetangga sekali.

"Sama juga macam pimpinan atasan parti macam naib presiden, MT yang dianggap 'abang' oleh ahli, mereka sepatutnya berperanan untuk mencari jalan penyelesaian bukan mengeruhkan keadaan bukan politik adu domba," katanya.

Ekoran krisis yang berlaku, beliau melontarkan idea mungkin parti boleh memikirkan konsep ketua parti tidak semestinya ketua kerajaan seperti di Indonesia dan Amerika Syarikat.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .